Monday, January 24, 2011

Petua Kesihatan

1 . SUPAYA MEMUDAHKAN TIDUR/MEMPERCEPATKAN/LENA
· Minumlah air rendaman/perahan ketumbar yang dicampur dengan susu lembu asli atau · Makanlah bawang besar berserta yogurt putih,ianya mempercepatkan lena.

 

2 . MENURUNKAN DARAH TINGGI
· Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita
atau
· Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati
atau
· Makanlah biji buah Peria
atau
· Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam
atau
· Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak
atau
· Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya
atau
· Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang
atau
· Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya,bolehlah direbus
atau
· Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.


 

3 . DEMAM BIASA
· Makanlah isi Labu Air berserta cuka sebelum tidur malam
atau
· Makanlah bawang besar serta keju yang lama di ikuti memakan pula air limau nipis beserta kulitnya
atau
· Minumlah air rebusan bunga melor.


 

4 . SAKIT KEPALA
· Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada dahi
atau
· Ambil umbi pokok bawang putih lalu di giling atau ditumbuk kemudian ditampalkan kebahagian kepala yang sakit
atau
· Rebus daun Kangkung sampai mendidih,kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini setiap hari
atau
· Makanlah daun pokok Peria atau · Minumlah air rebusan biji jintan hitam yang ditumbuk.




 

5 . SENGAL SENDI
· Ambil akar pokok Kayu Manis Hutan/Teja,sebahagiannya lagi diasah bersama air, air rebusannya diminum dan air asahannya disapukan ketempat yang derita
atau
· Ambil daun serai ditumbuk lumat, kemudian pupuklah ke sendi yang sengal
atau
· Ambil daun kecubung dan bubuh kapur sireh, kemudian ditumbuk sampai hancur. Bubuhlah di tempat yang bengkak atau sendi-sendi yang sakit
atau
· Ambil lengkuas merah sekadar 2 ibu jari kemudian diparut, bubuh sedikit air masak(mati) lalu ditapiskan dan ambil airnya, bubuh di dalamnya sebiji telur ayam (ayam kampung, seeloknya)dan digoncang hingga merata lalu diminum. Minumlah dua kali seminggu
atau
· Tumbuk daun betik muda hingga halus dan perah airnya. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Minum ramuan tersebut sekali atau dua kali seminggu.


 

6 . SELSEMA

· Ambil buah asam limau nipis lalu diperah ke dalam air teh (tanpa gula dan susu) yang panas/suam lalu diminum
atau
· Minumlah air rebusan pokok kadok/sirih duduk
atau
untuk bayi · Ambil tiga helai daun sirih. Sebiji limau nipis,dibelah,diperah dan ditapiskan airnya. Ramuan-ramuan air limau nipis yang bercampur daun sirih pada dada dan leher bayi.


 

7 . SUARA SERAK
· Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali
atau
· Ambil bawang besar 2 biji,buang kulitnya lalu ditumbuk atau dimesin hingga hancur, kemudian tapiskan lalu ambil airnya dan diminum sekadar 2 kali sehari. Buatlah 2 hari berturut-turut
atau
· Ambil sebuku asam jawa,rendamkan dan ramas dalam air setelah itu campurkan dengan segelas air sejuk, embunkan atau masukkan kedalam peti sejuk. Minumlah air ini selama dua kali sehari, sehingga serak itu hilang.


 

8 . BATUK/LELAH/SEMPUT
· Ambil umbi pokok bawang putih lalu ditumbuk atau digiling, ambil airnya dan campurkan sedikit madu dan gula untuk diminum
atau
· Ambil daun Kecubung,hiris halus-halus seperti tembakau dan dijemur hingga kering, buatkan daun dan dihisap
atau
· minumlah rebusan akar pokok melor
atau
· Jika anda ada penyakit lelah, jangan lupa masukkan sebatang serai yang telah dihancurkan kedalam masakan anda. Cara ini boleh mencairkan lendir
atau
untuk batuk berlendir · Panaskan limau nipis dia tas bara api. Belahkan dua dan kemudian tuangkan kicap manis diatas belahan tersebut. Perahkan airnya kedalam mulut dan makan bersama hampasnya
atau
untuk batuk berkahak · Campurkan sebiji telur ayam kampung dengan sesudu besar gula pasir. Seduhkan dengan tiga suku gelas air mendidih. Biarkan sejuk lalu diminum.


 

9 . SAKIT GIGI
·Minumlah air rebusan kulit batang dan daun pokok gajus
atau
· Ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu di kunyah-kunyah
atau
· Tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan kedalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah diguna berkumur
atau
· Ambil sedikit sekapur sirih dan kunyahkan pada gigi yang sakit itu hingga lumat.


 

10 . BENGKAK GUSI
· Ambil 5 helai daun jarak, 1 liter air biasa dan sesudu besar air kapur sireh. Rebuslah ramuan ini, setelah mendidh barulah diangkat, sesudah dingin minumlah airnya
atau
· Ambil umbut nenas, hancurkan setelah itu campurkan dengan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi anda yang ada kesan bengkak. Biarkan sehingga kering.


 

11 . GUSI BERDARAH
1.Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan kedalam periuk berisi air, campurkan dengan beberapa helai daun inai. Kemudian rebuslah dan setelah airnya mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan garam secukup rasa. Setelah airnya suam bubuhlah kedalam mulut dan biarkan selama 3 minit, lalu berkumur-kumur
atau
2. Kumurlah dengan air suam yang telah dicampurkan dengan sedikit garam
atau
3.Jika gusi anda terluka dan anda tidak mahu biarkan luka itu lama-lama, berkumurlah dengan air daun sirih. Caranya,ambil 15 helai daun sirih dan dimasakkan dengan air. Setelah itu sejukkan rebusan itu. Berkumurlah dengan kerap dan menggunakan air daun sirih itu.


 

12 . DEMAM CAMPAK
· Ambil sebiji kelapa muda, belah dan ambil airnya, setelah itu berilah anak anda minum anggaran setengah cawan. Lakukan cara ini hingga demamnya sembuh, jika dia mengidap demam campak, campaknya akan keluar
atau
· Parutkan kunyit dan campurkan dengan asam kawak. Kemudian lumurkan pada badan pesakit. Disamping itu,minum air kelapa gading setiap hari.


 

13 . BATUK BERLARUTAN
Ambil sedikit asam jawa dan garam dicampurkan dengan air suam . -apabila semua dah sebati dengan air suam tadi ,bolehlah diminum. -hendaklah dilakukan sebanyak tiga kali. insyaallah batuk itu akan hilang dan kahak yang pekat itu akan keluar dengan mudah


 

14 . SAKIT MATA
Merawat sakit mata disamping ia juga dapat mencantikkan mata... mata akan kelihatan jernih..... sediakan madu....ambil madu tersebut dan tuangkan sedikit di sudu....jangan terlalu banyak...cuma setitik madu sahaja... titik kan madu tersebut di mata yang sakit...anda akan merasa pedih sedikit dan dalam beberapa minit mata anda akan sembuh.... *insyaallah....


 

15 . MATA BERSELAPUT
Masaalah berselaput dalam mata. Bahannya : - Madu lebah asli. - pucuk sirih. Caranya: -Masukan setitik atau dua titik madu lebah kedalam daun sirih (pucuk sirih), -kemudian gentel campuran daun sirih dan madu lebah hingga sebati. -Lepas tu... titiskan kedalam mata yang menghadapi masaalah berselaput. -Amalkan dua atau tiga kali . Insyaallah , selaput akan hilang dan tak berselaput lagi.


 

16 . GELUNG HITAM PADA KELOPAK MATA
Bila anda tidak cukup tidur , pada mata anda pasti ada gelung hitam. Untuk menghilangkannya mudah saja. Setiap kali bangun tidur , sediakan semangkuk air dari peti sejuk , cuci di bahagian mata dulu dengan menggunakan hujung jari dari pangkal hingga hujung mata sambul membaca selawat 3 kali . Lakukan setiap pagi insyaallah


 

17 . BIBIR PECAH
Ubati bibir yang pecah Bagi mengatasinya,minum air suam yang dicampur dengan gula merah atau gula melaka serta sedikit air perahan asam jawa. -Minum ramuan ini beberapa kali dlm sehari. -Dengan izin ALLAH, bibir yang pecah akan segera sembuh.


 

18 . MEMUTIH GIGI
Ambil sedikit arang dari kayu yang dibakar - jumlahnya ialah ikut keperluan.....kalau nak guna lama so taruk la byk sikit arang tu..... -kemudian tumbuk arang tersebut dgn sedikit garam....garam tu lebih kurang 1 sudu teh ker...tumbuk hingga betul-betul hancur then -buat cuci gigi....gosok ngan jari pun boleh....Insyaallah gigi anda akan menjadi putih berseri.....


 

19 . KUKU BERSERI
Dapatkan kuku yang sentiasa berkilat... ambil sedikit ubat gigi (sebaiknya colgate merah) dan gosokkan dengan jari beberapa minit. Buatlah pada semua kuku, insyaAllah ia akan berkilat dan tahan lama...


 

20 . RAMBUT GUGUR
Rambut gugur ambil putih telur dan campurkan dengan limau nipis -kemudian sapukan ke rambut sehingga keseluruhnya -setelah selesai menyapu ke rambut balutkan rambut dengan kain tuala dan biarkan ia semalaman -basuh pada keesokan harinya -amalkan seminggu dua kali Insyallah -akar rambut akan menjadi kuat dan rambut akan lebih kelihatan sihat -campuran berlebihan jangan dibuang.. simpan didalam peti sejuk.. kerana campuran tadi akan lebih sebati jika disimpan...


No comments:

Post a Comment