Monday, March 13, 2017

Penggunaan Peta Ithink dalam Pengajian Perniagaan


Penggunaan strategi i-think dalam Pembelajaran & Pengajaran  Pengajian Perniagaan Penggal 2

Langkah Pembinaan dan topik yang sesuai

Jenis peta i-THINK dan langkah pembinaan
Topik berkaitan
PETA BULATAN

Langkah Membina Peta Bulatan
1. Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.
2. Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan dalam bulatan kecil tersebut.
3. Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut.
4. Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbangsaran).
5. Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.

1.       Peranan pengurus mengikut Mintzberg
2.       Kemahiran pengurusan
3.       Gaya kepimpinan
4.       Jenis kepimpinan
5.       Pengurusan stress
6.       Media komunikasi


PETA POKOK

Langkah Membina Peta Pokok
1. Tuliskan tajuk/topik utama di bahagian atas dan gariskannya.
2. Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa kumpulan/kategori.
3. Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang pengelasan.
4. Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap kategori.
5. Gariskan setiap contoh yang ditulis

1.       Pendekatan pemikiran pengurusan
2.       Kemahiran pengurusan
3.       Peranan pengurus
4.       Jenis perancangan
5.       Alat perancangan
6.       Konsep pengorganisasian
7.       Jenis kuasa
8.       Jenis kepimpinan
9.       Jenis gaya kepimpinan
10.   Jenis kawalan
11.   Jenis keputusan

PETA BUIH BERGANDA

Langkah Membina Peta Buih Berganda
1. Lukiskan 2 bulatan (berwarna biru dan merah) di dua bahagian untuk menulis 2 topik (objek / idea) yang ingin dibandingkan.
2. Tuliskan kedua-dua topik tersebut di dalamnya.
3. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah di antara 2 bulatan utama.
4. Sambungkan semua bulatan dengan 2 topik utama menggunakan garis lurus.
5. Bagi bulatan (berwarna hijau) yang berada di antara 2 topik, gabungkannya dengan kedua-dua topik untuk mewakili persamaan.
6. Isikan semua perbezaan di dalam bulatan (berwarna kuning atau ungu) yang hanya bersambung dengan 1 topik sahaja.
7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menujukkan persamaan sahaja atau perbezaan sahaja.
1.       Kecekapan dan keberkesanan
2.       Tahap pengurusan
3.       Jenis perancangan
4.       Struktur organisasi
5.       Jenis gaya kepimpinan
6.       Pemimpin formal dengan tidak formal

PETA ALIR

Langkah Membina Peta Alir
1. Tuliskan tajuk ( peristiwa / langkah)
2. Lukiskan sebuah kotak di sebelah kiri kertas dan isikan dengan langkah pertama untuk menghasilkan / membina / membuat......
3. Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan.
4. Lukiskan kotak yang kedua dan isikan dengan langkah seterusnya.
5. Ulangi langkah sehingga tamat proses yang ingin diterangkan.
6. Sambungkan kotak dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya (jika perlu)
7. Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya, lukiskan kotak kecil di bawah langkah utama berkenaan.
1.       Proses perancangan
2.       Proses pengorganisasian
3.       Proses kawalan
4.       Proses komunikasi
5.       Proses mendengar
6.       Proses membuat keputusan

PETA PELBAGAI ALIR

Langkah Membina Peta Pelbagai Alir
1. Digunakan untuk menerangkan analisis sebab dan kesan.
2. Lukiskan kotak di bahagian tengah dan tuliskan peristiwa yang dikaji.
3. Di sebelah kiri rajah, tuliskan sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut dalam kotak berasingan.
4. Sambungkan setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada peristiwa.
5. Tuliskan beberapa kesan daripada peristiwa tersebut dalam kotak di sebelah kanan.
6. Lukis anak panah mengarah ke kotak sebelah kanan.
7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menerangkan sebab atau kesan sahaja.
1.       Analisis SWOT
2.       Pengurusan stress
3.       Halangan komunikasi
4.       Analisis tulang ikan
Guru boleh menggunakan kertas atau perisian untuk memetakan i-Think. Antara perisian yang dicadangkan ialah  iMindMap7
Dan FreeMind

Monday, March 6, 2017

JIKA ANDA GAGAL


ASSALAMUALAIKUM...

JANGAN BERSEDIH SEKIRANYA ANDA GAGAL MENDAPAT KEPUTUSAN YANG ANDA HARAPKAN, ANGGAPKAN ADA HIKMAH DI SEBALIK KEPUTUSAN YANG DICIPTAKAN OLEH TUHAN ITU, TATKALA ANDA SENDIRI YANG MENGETAHUI SEBAB2 NYA KEGAGALAN ANDA ITU, MUNGKIN:

1. ANDA KURANG PERSEDIAAN2. ANDA KURANG LATIHAN3. ANDA TERSALAH JAWAB4. ANDA TIDAK SIHAT SEMASA EXAM5. ANDA MEMANG MALAS UNTUK BELAJAR6. ANDA ALPA DALAM PEMBELAJARAN7. ANDA TERLUPA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA GURU YANG MENGAJAR ANDA8. ANDA TELAH MEMBUATKAN GURU ANDA TERSINGGUNG DAN LUPA MEMINTA MAAF9. ANDA TURUN KE SEKOLAH TANPA RESTU IBU BAPA ANDA.10. ANDA ADA MENYEBUT PERKATAAN 'AHH' KEPADA IBU BAPA ANDA MENYEBABKAN MEREKA TIDAK MEREDHAI ANDA11. ANDA KURANG SOLAT 5 WAKTU12. ANDA JARANG MEMOHON PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH13. ANDA RASA ANDA SEORANG YANG HEBAT.14. ANDA MEMAKAN MAKANAN YANG TIDAK HALAL15. ANDA TELAH MENYAKITKAN HATI SESEORANG, DAN DIA TIDAK MEMAAFKAN ANDA.

16. SEORANG PELAJAR SAYA BERKATA...DERHAKA KT CIKGU..SMGA DIA INSAF DAN BERJAYA MENDAPAT KPTSAN CEMERLANG NANTI..  ....AMINNN
JADI RENUNGLAH DI MANA SILAP ANDA, JANGAN PERSALAHKAN ORANG LAIN ATAS APA YANG BERLAKU ATAS DIRI ANDA. ORANG YANG SENTIASA MENGAKUI KESILAPAN DIRI ADALAH ANTARA ORANG YANG AKAN BERJAYA KELAK.


soalan kuiz statistik deskriptif upma 2017

Kuiz Statistik Deskriptif
Sebuah syarikat pemasaran automobil di sebuah pekan mempunyai 5 orang jurujual kereta.
Berikut adalah maklumat jualan kereta syarikat tersebut.

Jurujual
Kereta dijual
A
80
B
75
C
92
D
88
E
65
Jumlah
400

i.                     Kira min, median, mod dan sisihan piawai kereta yang dijual oleh jurujual?
ii.                   Pekerja manakah yang lebih tekal(konsisten) prestasinya, nyatakan alasan anda.

Kuiz Statistik Deskriptif
Sebuah syarikat pemasaran automobil di sebuah pekan mempunyai 5 orang jurujual kereta. 
Berikut adalah maklumat jualan kereta syarikat tersebut.

Jurujual
Kereta dijual
A
80
B
75
C
92
D
88
E
65
Jumlah
400
i.                     Kira min, median, mod dan sisihan piawai kereta yang dijual oleh jurujual?
ii.                   Pekerja manakah yang lebih tekal(konsisten) prestasinya, nyatakan alasan anda.
Kuiz Statistik Deskriptif
Sebuah syarikat pemasaran automobil di sebuah pekan mempunyai 5 orang jurujual kereta.
 Berikut adalah maklumat jualan kereta syarikat tersebut.

Jurujual
Kereta dijual
A
80
B
75
C
92
D
88
E
65
Jumlah
400

i.                     Kira min, median, mod dan sisihan piawai kereta yang dijual oleh jurujual?

ii.                   Pekerja manakah yang lebih tekal(konsisten) prestasinya, nyatakan alasan anda.

Sunday, February 12, 2017

KAJIAN TINDAKAN OH KAJIAN TINDAKAN

ASSALAMUALAIKUM
MULAI 2017 SEMUA GURU TKN 6 DIKEHENDAKI MENYEDIAKAN KAJIAN TINDAKAN SECARA INDIVIDU TAK TERKECUALI KAMI DI SMK PENANTI.
18/2/2017 KAMI AKAN MENGHADIRI LDP KAJIAN TINDAKAN, TETAPI SEBELUM  ITU KAMI PERLU MENYEDIAKAN PROPOSAL...
TAJUK PUN TERKIAL-KIAL NK MENGARANG,....BLURRRR

Thursday, November 6, 2014

SOALAN PERCUBAAN STPM PGGL 1 2015 SMKPENANTI, BUKIT MERTAJAM

Bahagian  A
[50 markah]
Jawab semua soalan
1 (a)     Jelaskan  bagaimana pelanggan dan pesaing dapat mempengaruhi perkembangan sebuah perniagaan.                                                                                                                     [4]
   (b)     Terangkan tiga kelebihan dan tiga kelemahan perniagaan perkongsian.                   [6]
   (c)     Terangkan tiga jenis susun atur kilang.                                                                       [6]
   (d)    Terangkan empat objektif pelaksanaan susun atur kilang.                                         [4]
   (e)     Senaraikan empat langkah dalam proses pembelian produk baharu.                         [4]
   (f)     Jelaskan  pembangunan produk dan pembangunan pasaran dalam perancangan strategik pemasaran.                                                                                                                      [6]
   (g)     Terangkan tiga perbezaan  antara objektif memaksimumkan keuntungan syarikat dengan memaksimumkan kekayaan pemegang saham.                                                    [6]
   (h)     Terangkan dua pihak berkepentingan terhadap penyata kewangan sesebuah syarikat. [4]
   (i)      Terangkan tiga kaedah penentuan keperluan sumber manusia bagi sesebuah organisasi perniagaan.                                                                                                                        [6]
   (j)      Senaraikan empat ciri penilaian prestasi pekerja yang berkesan.                                [4]











Bahagian B
[50 markah]
2 (a)
Syarikat Pakaian Cantik Sdn Bhd
Encik  Shahizad merupakan seorang pengurus pengeluaran di Syarikat Pakaian Cantik Sdn Bhd.  Syarikat ini mengeluarkan pakaian sekolah dan pakaian sukan.  Permintaan  terhadap pakaian sekolah semakin meningkat terutama pada awal tahun persekolahan.  Jabatan Pengeluaran tidak dapat memenuhi permintaan yang telah diberikan oleh Jabatan Pemasaran kerana kekurangan pekerja dan mesin.
Encik Shahizad telah membuat perancangan keperluan pekerja untuk Jabatan Pengeluaran bagi memenuhi permintaan pakaian sekolah.  Jabatan ini memerlukan sepuluh orang operator pengeluaran dan dua orang penyelia kawalan kualiti.  Untuk jawatan operator pengeluaran, Encik Shahizad telah menetapkan pekerja hendaklan mempunyai kemahiran mengukur, memotong dan menjahit pakaian.  Mereka juga mempunyai  pengalaman berkaitan dengan tugas-tugas tersebut juga boleh dipertimbangkan.  Tugas yang perlu dilaksanakan oleh operator pengeluaran ialah mengukur kain dan memotong kain. Selain itu, mereka juga perlu menjahit kain tersebut untuk dijadikan pakaian sekolah mengikut  ukuran yang telah ditetapkan. Encik Shaizad tidak menetapkan jantina untuk mengisi jawatan tersebut kerana beliau beranggapan tugas tersebut juga boleh dilakukan oleh pekerja lelaki.
Untuk mengisi jawatan penyelia kawalan kualiti pula, Encik Shahizad menetapkan kelayakan minimum ialah SPM dan lulus dalam mata pelajaran Matematik.  Mereka yang   mempunyai pengalaman bekerja sebagai penyelia kawalan kualiti juga boleh diterima.  Tugas yang perlu dilaksanakan ialah memeriksa kualiti pakaian yang dihasilkan berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.  Untuk  setiap penyelia kawalan kualiti bertanggungjawab ke atas hasil yang dikeluarkan oleh lima orang operator pengeluaran.  Lokasi kerja bagi kedua-dua jawatan ini adalah di bahagian pengeluaran Syarikat Pakaian  Cantik Sdn Bhd.  Pegawai yang bertanggungjawab  untuk pekerja bagi jawatan itu ialah Encik Firhad.
Kertas kerja keperluan sumber manusia yang disediakan oleh Encik Shahizad telah diserahkan kepada Puan Hafiqah iaitu pengurus Jabatan Sumber Manusia.  Setelah  meneliti kertas kerja tersebut, Puan Hafiqah mengadakan satu mesyuarat dengan tiga orang pegawainya.  Tujuan mesyuarat ini adalah untuk menetapkan kadah yang paling sesuai untuk mendapatkan calon pekerja.  Selain itu, mereka juga berbincang perihal kaedah pemilihan calon pekerja dan ujian yang perlu dilakukan untuk mendapatkan pekerja  yang benar-benar berkelayakan.  Di samping itu, ahli mesyarat juga telah  membincangkan pengisian program induksi yang akan diberikan kepada pekerja baharu tersebut.  Satu perancangan yang teliti telah dirancang oleh Puan Hafiqah dan pegawai-pegawainya untuk mendapatkan pekerja yang terbaik sebagaimana yang telah diminta oleh Encik Shahizad.
(i)                 Huraikan maksud analisis kerja dan jelaskan analisis kerja yang terdapat dalam pernyataan di atas.                                                                                                [10]
(ii)               Jelaskan proses pengambilan sumber manusia yang dirancang oleh Puan Hafiqah untuk mendapatkan sumber manusia yang diperlukan oleh Jabatan Pengeluaran.                                                                                                                          [20]

3. (a) Dengan  bantuan rajah, huraikan kitaran hayat produk .                                               [20]
ATAU.        
(b) (i)  Pada 1 Mei 2014, Syarikat Proton mempunyai baki tunai sebanyak RM5000
Bulan
Jualan (RM)
Belian (RM)
Gaji(RM)
Belanja(RM)
Mei
50 000
20 000
5 000
6 700
Jun
65 000
21 000
4 000
6 900
Julai
67 000
23 000
4 200
6 500

           Maklumat lain:
(a)        Separuh daripada jualan adalah jualan kredit.  Penerimaan  daripada jualan kredit adalah pada bulan berikutnya.
(b)      Semua belian adalah kredit.  Pembayaran dibuat pada bulan berikutnya.
(c)       Segala perbelanjaan dibayar di dalam bulan berkenaan.
(d)      Sebuah van dibeli pada bulan Mei bernilai RM30 000.  Bayaran tunai sebanyak
     RM20 000 dibuat semasa pembelian dan bakinya dibayar secara ansuran selama 2 bulan.
(e)       Cukai  perniagaan dibayar pada bulan Julai sebanyak RM4 500.
(f)       Jumlah belian kredit pada bulan April 2014 ialah RM19 000 dan jualan kredit ialah sebanyak RM40 000.

Anda dikehendaki menyediakan Bajet Tunai  bagi 3 bulan berakhir 30 Julai 2014.
                                                                                                                                 [12]

ii)  Nyatakan susun atur yang paling sesuai untuk aktiviti berikut dan berikan alasan yang sesuai bagi pemilihan setiap susun atur tersebut.
(a)    Pembinaan kapal
(b)   Pengeluaran peti sejuk                                                                                [8]



Skema percubaan STPM Penggal 1 2015

SKEMA PEP PERCUBAAN STPM PENGGAL 1 /2015      
1.      (a) Bagaimana  pelanggan dan pesaing  dapat mempengaruhi perkembangan sesebuah
      perniagaan:
i.            Pelanggan
-         Merupakan pihak yang membeli dan menggunakan barang dan perkhidmatan[1]
-         Contohnya pelanggan yang ramai di bandaraya Kuala Lumpur mempercepatkan perkembangan perniagaan.[1]
ii.          Pesaing
-         Merupakan pihak yang menjual barang yang sama atau hampir sama dalam pasara/industri yang sama.[1]
-         Contoh; bilangan pesaing yang banyak menyebabkan setiap perniagaan dalam industri yang sama berusaha meningkatkan daya saing produk masing-masing.[1]
                                                                                                      [ mak = 4 m]

(b) Tiga kelebihan dan tiga kelemahan perkongsian
      Kelebihan;
i.            Lebih banyak modal dapat diperoleh berbanding dengan perniagaan milikan tunggal kerana modal akan disumbang oleh setiap rakan kongsi.[1]
ii.          Kemahiran perkongsian dapat ditingkatkan melalui perkongsian idea antara rakan kongsi untuk menguruskan perniagaan.[1]
iii.         Risiko perniagaan dapat disebarkan kepada rakan-rakan kongsi dan mengurangkan tekanan terhadap pemilik.[1]

Kelemahan;
i.            Tanggungan liabiliti tidak terhad oleh rakan kongsi menyebabkan  harta peribadi boleh dirampas untuk menjelaskan hutang perniagaan.[1]
ii.          Melambatkan proses membuat keputusan kerana perlu mendapat persetujuan daripada semua rakan kongsi[1]
iii.         Perselisihan faham yang mudah berlaku antara rakan kongsi meningkatkan risiko pembubaran perniagaan.[1]

                                                                                                      [ mak = 6 m]

(c)  Tiga jenis susun atur kilang;
      i.   Susun atur secara tetap[1]
-  semua input  seperti bahan mentah,mesin dan pekerja ditempatkan secara tetap di kawasan
 pengeluaran sehingga proses pengeluaran selesai.[1]

ii.    Susun atur secara proses[1]
-    Semua peralatan/mesin disusun  mengikut fungsi penggunaan yang sama dalam proses pengeluaran[1]
iii.    Susunatur  secara produk[1]
-    Semua peralatan/mesin disusun dalam bentuk barisan mengikut urutan dalam proses pengeluaran[1]

(d)  Empat objektif pelaksanaan susunatur kilang ialah;
     i.   Meminimumkan kos pengendalian bahan[1]
     ii.  Menggunakan ruang kilang secara  cekap dan berkesan[1]
iii.Memastikan  tenaga buruh digunakan secara berkesan mengikut kemahiran[1]
iv.  Mengelakkan pergerakan yang tidak perlu dan membazir masa dan tenaga[1]

                                                                                          [ mak = 4 m]
(e) Empat langkah dalam proses pembelian produk baharu iaitu;
      i.   Menyedari kewujudan produk[1]
      ii.  Meminati dengan berusaha mendapatkan seberapa banyak  maklumat tentang produk.[1]
iii.Menilai dengan membuat perbandingan antara sesuatu produk dengan produk lain.[1]
iv.Mencuba dengan membeli dalam kuantiti /skala kecil membuat pembelian seterusnya.[1]

                                                                                          [ mak = 4 m]

(f) Pembangunan produk dan pembangunan pasaran dalam perancangan strategik pemasaran.
     Pembangunan produk
-          Merupakan pengenalan produk baharu kepada pelanggan sedia ada.[1]
-          Memperkenalkan  produk baharu atau produk sedia ada yang telah ditambah baik kualitinya ke dalam pasaran sedia ada.[1]
-          Objektif pemasaran adalah untuk memaksimumkan kepuasan pembeli.[1]
-          Contoh  Syarikat Samsung mencipta model telefon pintar terkini untuk dipasarkan dalam pasaran sedia ada di Malaysia .[1]
                                                                                          [ mak = 3 m]

Pembangunan pasaran
-          Merupakan usaha mencari pasaran baharu untuk produk sedia ada[1]
-          Syarikat akan cuba menjual atau memasarkan produk sedia ada kepada segmen pasaran baharu.[1]
-          Objektif pemasaran adalah untuk memaksimumkan kepuasan pembeli[1]
-          Contoh Malaysia mencari pasaran baharu di Eropah untuk memasarkan kereta nasional.[1]                                                                                                                 [ mak = 3 m]
[ mak = 6 m]







(g)  Tiga perbezaan antara objektif memaksimumkan keuntungan syarikat dengan memaksimumkan
       keuntungan  pemegang saham.

Aspek/dimensi
Memaksimumkan keuntungan syarikat
Memaksimumkan kekayaan pemegang saham
1.    Aktiviti
Aktiviti memfokus pada keuntungan semata-mata[1]
Aktiviti mengambilkira tanggungjawab sosial dan bukan keuntungan semata-mata[1]
2.    Matlamat
Mempunyai matlamat jangka pendek iaitu  meangaut seberapa  banyak  keuntungan yang boleh tanpa memikirkan imej syarikat.[1]
Mempunyai matlamat jangka panjang iaitu memastikan perniagaan sentiasa berkembang dan membentuk imej  syarikat  yang baik[1]
3.    Risiko
Tidak menghiraukan risiko yang  timbul asalkan aktiviti mendatangkan keuntungan kepada syarikat.[1]
Mengambil kira faktor risiko bagi mendapatkan keyakinan pemegang saham dan membuat pelaburan secara berhati-hati.[1]

                                                                                                                                [mak = 6m]

(h)  Dua pihak berkepentingan terhadap penyata kewangan sesebuah syarikat ialah:
i.  Pemilik/pemegang saham/bakal pelabur[1]
-  untuk memastikan pelaburan mereka menguntungkan.[1]
-  bakal pelabur  ingin mengetahui prestasi perniagaan  sebelum membuat keputusan untuk melabur[1]

ii.    Pembekal/pembiaya/pemiutang[1]
-       Untuk menilai prestasi syarikat tentang kemampuan bayar bayar balik kredit dagangan[1]
-       Untuk membuat penilaian ke atas sesebuah syarikat sebelum memberikan kemudahan kredit atau memperbaharui kemudahan kredit[1]
iii.    Pihak pengurusan[1]
-          Untuk menilai prestasi pihak pengurusan dan asas perbandingan dalam sistem kawalan syarikat [1]
-          Untuk membuat perancangan masa hadapan[1]

iv.        Pesaing[1]
-       Untuk mengetahui kedudukan kewangan  syarikat pesaing kerana prestasi syarikat menjadi asas kepada hala tuju dan kemajuan atau kemunduran sesebuah  syarikat[1]
v.          Pekerja[1]
-       Untuk mengetahui kedudukan kewangan syarikat kerana prestasi syarikat menjadi asas tuntutan bagi kenaikan gaji, bonus dan lain-lain[1]


[mana-mana 2 fakta dan 1 huraian; 1 F =1m, 1 H= 1m; maksimum 2 fakta + 2 huraian = 4m]


(i)                  Tiga kaedah penentuan keperluan sumber manusia bagi sebuah organisasi perniagaan ialah:
i.               Meramal sumber dalaman[1]
-          Pengambilan pekerja daripada sumber dalaman iaitu pekerja yang sedang berkhidmat dalam organisasi berkenaan.[1]
ii.             Meramal sumber luaran[1]
-          Pengambilan pekerja dari sumber luaran iaitu mencari calon dari luar organisasi melalui pengiklanan/agensi pekerjaan[1]
iii.            Carta penggantian[1]
-          Pengambilan pekerja melalui teknik peramalan sumber manusia masa depan yang menghuraikan  semua aspek keperluan sumber manusia seperti pengetahuan/kemahiran/jantina/umur.[1]
                                                                                                                                    [mak = 6m]

(j)   Empat ciri penilaian prestasi pekerja yang  berkesan ialah;
       i.   Penilaian harus dijalankan secara berterusan dan bukan pada hujung tahun sahaja[1]
       ii.  Aspek penilaian haruslah menyeluruh dengan melibatkan aspek penghuraian kerja dan
            spesifikasi kerja.[1]
iii. Penilaian harus dilakukan secara adil dan saksama tanpa mengira perbezaan agama,
      bangsa dan jantina.[1]
iv. Kaedah penilaian haruslah sistematik dan dapat membezakan antara pekerja yang rajin
     dengan pekerja yang malas[1]

                                                                                                               [mak=4m]

                                                                      
2(a)(i)  Maksud analisis kerja ialah suatu teknik yang digunakan  untuk mengumpul dan menganalisis maklumat berkenaan sesuatu kerja seperti tugas, tanggungjawab dan  kemahiran berkaitan kerja.[2]
            Analisis kerja yang terdapat dalam  pernyataan di atas ialah:
            Penghuraian kerja.[1]
-         Satu dokumen formal yang merupakan ringkasan bagi sesuatu  kerja yang spesifik.[1]
-         Mengandungi maklumat seperti tajuk kerja, ringkasan kerj, keadaan fizikal tempat kerja dan hubungan autoriti.[1]
-         Penghuraian kerja bagi jawatan operator pengeluaran ialah mengukur kain, memotong kain dan menjahit kain[1]. Untuk jawatan penyelia kawalan kualiti ialah memeriksa pakaian yang dihasilkan oleh operator pengeluaran sama ada mematuhi spesifikasi atau sebaliknya.[1]
-         Menyatakan lokasi tempat mereka bekerja iaitu di bahagian pengeluaran Syarikat Pakaian Cantik Sdn Bhd.[1]
-         Hubungan autoriti ialah melaporkan kepada Encik Firhad[1]
                                                                                                      [Mak= 4 markah]
Spesifikasi kerja
-         Satu dokumen formal yang menggariskan kelayakan yang perlu dimiliki pekerja untuk melakukan sesuatu kerja dengan berkesan.[1]
-         Mengandungi maklumat berkaitan keperluan pengetahuan, kemahiran, kelulusan, pengalaman dan sebagainya.[1]
-         Maklumat ini disimpan bagi tujuan pengambilan, pemberian latihan dan pembangunan.[1]
-         Untuk operator pengeluaran, spesifikasi kerja ialah mempunyai kemahiran mengukur, memotong dan menjahit pakaian.[1]
-         Bagi penyelias kawalan kualiti pula  kelayakan minimumadalah  SPM dan lulus dalam mata pelajaran Matematik atau mempunyai pengalaman bekerja sebagai penyelia kawalan kualiti.[1]
                                                                                                      [Mak= 4 markah]                    
            [Mak=10 markah]
2(ii)  Proses pengambilan sumber manusia ialah;
a.       Menarik minat(merekrut) [1]
-         Aktiviti yang dilakukan untuk menarik minat bakal calon pekerja untuk bekerja di Syarikat Pakaian Cantik Sdn Bhd.[1]
-         Tujuannya adalah untuk menyampaikan maklumat kepada semua calon tentang keperluan pekerja dan faedah yang bakal diperoleh jika bekerja dalam organisasinya.[1]
-         Kaedah merekrut yang boleh digunakan oleh Puan Hafiqah ialah membuat iklan sama ada dalam media massa atau media cetak [1]dan memasang kain rentang di hadapan kilang[1]
-         Selain itu hebahan umum melalui surat kabar[1], kaedah head hunting juga boleh digunakan iaitu mendapatkan pekerja melalui pekerja sedia ada yang mempunyai kawan, saudara dan sebagainya.[1]

b.      Pengambilan [1]
-         Melibatkan proses membuat pemilihan pekerja yang terbaik dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan bagi jawatan operator pengeluaran dan penyelia kawalan kualiti.[1]
-         Calon mestilah memenuhi penghuraian kerja dan spesifikasi kerja[1]
-         Prosedur pemilihan yang dirancang oleh Puan Hafiqah ialah borang permohonan iaitu mereka yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan yang boleh didapati di kaunter pertanyaan Syarikat Pakaian Cantik Sdn Bhd.[1]
-         Setelah mengisi borang mereka yang berkelayakan akan disenarai pendek dan dipanggil temuduga.[1]
-         Untuk jawatan  penyelia kawalan kualiti, ujian kecerdasan akan dilakukan untuk memastikan mereka berkelayakan untuk menjawat jawatan tersebut.[1]

c.       Penawaran kerja[1]
-         Setelah Puan Hafiqah mengenal pasti calon yang terbaik dan berkelayakan, beliau akan menghantar surat tawaran rasmi kepada calon tersebut.[1]
-         Surat tawaran atau surat perlantikan merupakan kontrak pekerjaan antara Syarikat Pakaian Cantik Sdn Bhd dengan calon.[1]
-         Maklumat yang terkandung dalam surat tawaran:
                                             i.            Nama jawatan
                                           ii.            Tempoh percubaan dan pengesahan jawatan
                                          iii.            Faedah dan ganjaran
                                         iv.            Tempat kerja dan waktu bekerja
                                           v.            Hak majikan dan pekerja seperti notis penamatan perkhidmatan

d.      Induksi[1]
-         Merupakan program orientasi yang akan diadakan untuk pekerja baharu[1]
-         Bertujuan untuk memberi pendedahan tentang organisasi secara keseluruhan.[1]
-         Semua calon yang berjaya untuk bekerja di Syarikat Pakaian Cantik Sdn Bhd akan mengikuti program induksi.[1]
-         Semasa program ini dilaksanakan, mereka akan diterangkan polisi dan peraturan organisasi, tanggungjawab dan perihal pekerjaan serta memperkenalkan dengan pekerja lain.[1]
-         Mereka juga akan dibawa melawat sekitar kilang, tempat kerja dan pejabat-pejabat dalam organisasi[1]

[Mak= 20 markah; 4 fakta=1x1m = 4 m; huraian  4 x 1m =4m; 4m x 4 H = 16 m]






















3(a)  RAJAH [4m]

i.         Peringkat pengenalan[1]
-         Produk baharu mula diperkenalkan dan diagihkan di pasaran
-         Pertumbuhan jualan adalah perlahan disebabkan pengguna masih tidak mengenali produk tersebut secara mendalam[1]
-         Kebanyakan pengeluar memperoleh keuntungan yang rendah atau mengalami kerugian [1]kerana jualan adalah rendah[1] sedangkan perbelanjaan promosi adalah tinggi[1]
-         Persaingan belum ada[1] dan kos seunit adalah tinggi[1]

ii.                   Peringkat pertumbuhan[1]
-         Jualan produk meningkat dengan pesat kerana produk tersebut telah mula diterima dan dibeli oleh pengguna[1]
-         Pengeluar mula menikmati keuntungan yang banyak[1]
-         Kos seunit menurun[1]
-         Pesaing mula memasuki pasaran akibat peluang keuntungan yang baik.[1]
-         Pengeluar  juga perlu menambah perbelanjaan ke atas promosi untuk mengekalkan syer pasaran yang sedia ada[1

iii.                  Peringkat kematangan[1]
-         Kadar pertumbuhan jualan produk meningkat dengan perlahan dan kemudian mula menurun.
-         Semakin banyak pesaing telah memasuki pasaran dengan pelbagai produk pengganti[1]
-         Pengeluar akan mengurangkan harga jualan[1] dan mempergiatkan aktiviti pengiklanan serta promosi[1]
-         Keuntungan mula menurun.[1]
-         Kos seunit pada tahap minimum[1]

iv.                 Peringkat kemerosotan[1]
-         Kadar jualan  produk menurun [1] di sebabkan faktor peningkatan persaingan dalam pasaran, perubahan cita rasa pengguna serta kemajuan teknologi telah mewujudkan banyak produk baharu[1]
-         Firma akan mengurangkan harga jualan produk menyebabkan keuntungan firma terjejas  sehingga meyebabkan  sesetengah firma meninggalkan pasaran[1]
-         Pengeluar yang masih bertahan di pasaran boleh membuat keputusan untuk mengurangkan bilangan produk yang ditawar, meninggalkan segmen pasaran yang lemah atau mengurangkan pelbagai kos pemasaran seperti kos pengiklanan dan promosi.[1]

[setiap peringkat 4m; maksimum = 20markah]


3(b)(i)                                                  SYARIKAT PROTON       
Bajet Tunai bagi tiga bulan berakhir 30 Julai 2014
Perkara /Bulan
Mei
Jun
Julai
Baki awal

Penerimaan:
Jualan
Jualan kredit/penghutang

5 000[1/2]


25 000[1/2]
40 000[1/2]
19 300[1/2]


32 500[1/2]
25 000[1/2]

40 900[1/2]


33 500[1/2]
32 500[1/2]

Jumlah penerimaan
65 000
57 500
66 000

Pembayaran:
Belian kredit/pemiutang
Gaji
Belanja
Bayaran pendahuluan van
Ansuran van
Cukai perniagaan


19 000[1/2]
5 000[1/2]
6 700[1/2]
20 000[1/2]
-
-


20 000[1/2]
4 000[1/2]
6 900[1/2]
-
5 000[1/2]
-


21 000[1/2]
4 200[1/2]
6 500[1/2]
-
5 000[1/2]
4 500[1/2]
Jumlah pembayaran
50 700
35 900
41 200
Lebihan/kurangan
14 300 [1/2]
21 600[1/2]
24 800[1/2]
Baki akhir
19 300 [1/2]

40 900 [1/2]

65 700[1/2]

[mak =12m]
3(b) (ii) (a) Susun atur yang paling sesuai untuk aktiviti pembinaan kapal ialah jenis susun atur                        tetap. [1]
                    Alasan:
1.      Segala peralatan, bahan dan pekerja dibawa ke lokasi pembinaan.[1]
2.      Mesin dan peralatan yang digunakan untuk membina kapal adalah berat dan sukar dipindahkan dari satu lokasi ke lokasi yang lain.[1]
3.      Proses pengeluaran kekal di satu lokasi sehingga produk tersebut siap.[1]
4.      Sesuai untuk pengeluaran produk bersaiz besar, berat dan mudah pecah[1]

(b)  Jenis susun atur yang sesuai untuk pengeluaran peti sejuk ialah susun atur produk.[1]
      Alasan:
1.      Buruh, mesin, bahan mentah  dan peralatan disusun mengikut urutan  penghasilan sesuatu produk[1]
2.      Proses penyusunan kerja bagi pengeluaran peti sejuk adalah dalam satu barisan kerja.[1]
3.      Melibatkan pengeluaran secara berkelompok[1]
4.    Sesuai untuk pengeluaran secara besar-besaran  dan penghasilan produk yang seragam [1]                                                                     [Mak = 8 markah].