Sunday, April 24, 2011

Jangan salah faham tentang syukur

Bersyukur kepada Allah atas segala kemudahan dan nikmat yang diberikan, bangun sahaja dari tidur kita berada dalam keadaan baik dan sihat tanpa ada satu kekurangan dalam diri kita. Sebagai hamba Allah yang budiman dari segala nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita hendaklah disyukuri atau berterima kasih kepada Allah, dengan nama Ar-Rahman dan Ar-Rahimlah kita memperolehi segala nikmat dari Allah walaupun pada hari kemarin banyak melakukan dosa kepada Allah. Ramai orang tidak pernah rasa syukur kepada nikmat yang Allah berikan, malah segala nikmat ini disalah gunakan untuk kepentingan diri sendiri seperti nikmat tangan digunakan untuk mencuri, memberi rasuah, membuat maksiat dan memukul orang. Nikmat kaki pula digunakan untuk mengunjungi pusat-pusat hiburan, pergi ke Kedai Sport Toto dan pergi melakukan maksiat. Nimat rupa yang cantik digunakan untuk memperolehi pujian, mengaut keuntungan, diperagakan untuk tontonan lelaki yang bukan mahram dan sebagainya. Banyak lagi nikmat yang telah disalah gunakan tanpa rasa takut dan segan kepada Allah. Firman Allah yang bermaksud :
“Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Al-Ibrahim : 7)

Lagi firman Allah yang bermaksud :
“Dan .syukurilah nikmat Allah, jika kamu memang menyembah.Allah.”
(Surah al-Nahl:ayat 144)

Bagi sesiapa yang kufur kepada nikmat Allah atau menyalah gunakan nikmat Allah, maka ia akan diazab dengan diseksa oleh Allah dengan siksaan yang amat pedih di dalam neraka Allah. Orang yang menyalah gunakan nikmat Allah ini hatinya tidak akan rasa tenteram dan sentiasa memberontak untuk membuat lagi dosa-dosa atau perkara yang ditegah oleh Allah. Perkara ini boleh kita lihat sendiri, kalau orang yang melakukan zina, dia akan sentiasa melakukan zina sebab baginya itu adalah nikmat dan keseronokkan atau cara ia melepaskan strees. Begitu juga dengan kesalahan-kesalahan yang lain.

Bagaimana cara hendak bersyukur dengan baik dan praktikal? Banyak cara untuk kita bersyukur bukan sekadar lafaz di bibir sahaja sepertimana yang dibuat oleh para artis tanah air yang menjadi pujaan bagi orang yang kufur kepada nikmat Allah. Dengan rasa megahnya mereka apabila mendapat anugerah sesuatu menyebut saya bersyukur kepada Allah atas kejayaan yang diperolehi dengan pakaiannya seperti orang sedang berbogel. Sepatutnya mereka kena rasa malu kepada Allah dan diri sendiri sesungguhnya dengan keadaan mereka itu tidak layak bersyukur kepada Allah. Cara bersyukur dengan betul ialah kita menzahirkan dari hati, bibir dan perbuatan seperti :
  1. Hati bila bangun dari tidur atau dapat menjamah makanan untuk menghilangkan lapar terdetik dihati dengan mengatakan jika Allah tidak izin aku makan, maka aku tak dapat rasa nikmat seperti ini. Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu Akhbar.
  2. Bibir bila bangun dari tidur kita membaca dosa dengan menyebut Alhamdulillah. Ataupun mengeluarkan perkataan-perkataan yang baik, bila ditimpa musibah sekalipun ia tetap mengatakan Alhamdulillah aku Cuma cedera sahaja tak patah kaki. Setiap apa yang dialaminya akan disebut perkataan-perkataan toiyyibah.
  3. Perbuatan bangun sahaja dari tidur kita pergi membersihkan badan dan mengambil wuduk, Solat Subuh, membaca Al-Quran, dengar siaran Tanyalah Ustaz TV9 dan sebagainya. Melakukan kerja-kerja baik juga adalah cara kita bersyukur dengan perbuatan, kerana segala anggota yang diberikan oleh Allah itu kita guna dengan baik sepertimana yang diamanahkan oleh Allah.

No comments:

Post a Comment