Friday, June 15, 2012

SOALAN BAB 4 STPM (UTK PELAJAR STPM TERMINAL- 6 ATAS 2012)


BAB 4 : KEMAHIRAN PENGURUSAN

BAHAGIAN B

1999

1.         a)         Huraikan dengan ringkas kemahiran pengurusan yang berikut.
i)       Kemahiran teknik
ii)       Kemahiran manusia
iii)      Kemahiran masa
iv)      Kemahiran membuat keputusan                                                                     [8]
b)       Bincangkan kepentingan setiap kemahiran pada (a) dalam peringkat pengurusan bawahan,pertengahan dan atasan.                                                                        [12]
c)        Berikan lima tabii orang yang berjaya berdasarkan model Stephen Covey.            [5]
2000
2.    a)    Huraikan lima faktor yang boleh mempengaruhi proses membuat keputusan oleh
              seorang pengurus dalam sebuah organisasi.                                                           [10]
b)       Ketegangan adalah satu fenomena yang wujud dan akan dihadapi oleh setiap manusia yang berada dalam suasana pekerjaan, perniagaan ataupun pembelajaran. Bagaimanapun,ketegangan boleh diurus atau dikurangkan dengan mengetahui punca-puncanya serta tanda-tanda ketegangan berlaku.
i)       Jelaskan lima tanda-tanda pada diri seseorang yang dikatakan mengalami ketegangan.
ii)    Huraikan kaedah yang sesuai untuk mengurangkan ketegangan.                  [15]

2001
3.   a)   Huraikan maksud pembuatan keputusan rasional. Huraikan langkah-langkah yang
terlibat dalam proses membuat keputusan rasional untuk membeli ruang pejabat bagi  menggantikan ruang pejabat yang disewa sekarang.                                     [10]
b)  Jelaskan konsep ketegangan dan bincangkan bagaimana mengurus ketegangan.[10]           
c)  Huraikan kepentingan kemahiran manusia dalam pengurusan ketegangan di tempat kerja.                                                                                                                           [5]

4.    a)  Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, jelaskan  perkaitan antara peringkat
pengurusan dengan jenis kemahiran bagi sebuah kilang perabot kayu getah.            [15]
       b)  Huraikan lima tabii orang yang berjaya berdasarkan model Stephen Covey.            [10]


2002
5.    a)  Huraikan lima langkah dalam proses membuat keputusan.                          [10]
b)       Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan empat faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pembukaan cawangan perniagaan yang baru.                  [8]
c)        Jelaskan maksud tajamkan gergaji dalam tabii orang yang berjaya seperti yang dianjurkan oleh Stephen Covey.                                                                              [7]


6.    a)     Bincangkan lima kaedah organisasi dalam membantu pekerja menangani masalah                ketegangan kerja.                                                                                                       [10]
b)       Bincangkan kepentingan setiap jenis kemahiran kepada seseorang pengurus dalam hierarki Organisasi.                                                                                               [15]




2003
7.    a)  Sebuah kilang membuat peralatan elektrik sedang mengalami penurunan
             produktiviti yang besar. Dengan menggunakan analisis tulang ikan, huraikan
             kemungkinan-kemungkinan masalah yang dialami.                                                  [10]
b)     Jadual yang berikut menunjukkan jumlah jualan bagi produk pakaian kanak-kanak, pakaian remaja, dan pakaian wanita dari tahun 1998 hingga tahun 2002.

Jualan dalam RM’ 000

Tahun
Produk
Pakaian
Kanak-kanak
Pakaian
remaja
Pakaian
wanita
1998
1000
1500
  500
1999
1100
1000
2000
2000
1300
1200
1400
2001
1500
  900
1600
2002
1700
1300
1700
Jumlah
6600
5900
7200

           
Berdasarkan jadual di atas,
i)          Lakarkan graf garis,
ii)         Nyatakan dan huraikan produk mana yang harus diberikan penekanan pada masa
depan
Berdasarkan analisis jualan, trend, dan risiko terhadap setiap produk.                [15]

8.  a)    Huraikan maksud ketegangan. Jelaskan lima punca yang menyebabkan berlakunya
            ketegangan di tempat kerja.                                                                                        [13]
     b)    Nyatakan faktor-faktor kejayaan seimbang dan bincangkan penggunaannya oleh pihak
            pengurusan untuk menyelesaikan ketegangan di tempat kerja.                                 [12]

2004
9.  a)    Huraikan maksud ketegangan dari perspektif pengurusan.               
      b)   Jelaskan enam punca ketegangan yang berkaitan dengan pekerjaan sehingga
            menyebabkan kerja merosot.                                                                               [12]
c)        Huraikan kaedah penyelesaian yang boleh diambil oleh pihak majikan untuk mengurus
ketegangan di tempat kerja.                                                                                        [10]

10. a)   Huraikan ciri-ciri pemikiran kreatif                                                                               [6]
      b)   Encik Alias diminta untuk membuat keputusan bagi suatu projek pelaburan di luar
            negara. Bincangkan langkah-langkah yang sepatutnya beliau ambil untuk membuat
            keputusan  tersebut.                                                                                                   [9]
      c)   Pokok keputusan dan analisis sebab akibat adalah dua alat membuat keputusan yang
sering digunakan oleh pengurus. Huraikan penggunaan alat-alat tersebut.               [10]

2005

11. a)   Selepas mendapat ijazah, Encik Ahmad memulakan kerjayanya sebagai Penyelia di                  sebuah syarikat pengeluar alat komputer. Selepas lapan tahun, beliau dinaikkan pangkat kepada Pengurus Pengeluaran. Sepuluh tahun kemudian, beliau telah dilantik
            menjadi Pengarah Urusan syarikat berkenaan.
Huraikan keperluan kemahiran utama bagi setiap peringkat kerjaya Encik Ahmad.[9]
b) Jelaskan maksud keputusan rutin dan keputusan tidak rutin. Huraikan kepentingan
keputusan tersebut terhadap pengurusan di peringkat atasan dan diperingkat bawahan.                                                                                                                                        [9]

       c)  Jelaskan mengapa bersinergi merupakan salah satu ciri pengurus yang efektif.       [7]

12.  a)  Jelaskan alat membuat keputusan yang berikut.
            i)          Rajah tulang ikan
            ii)         Pokok keputusan                                                                                            [5]

b)       Yang berikut ialah maklumat yang diperolehi dari Syarikat Alas Kaki Berhad yang ingin membuat keputusan.

Pilihan keputusan
Keuntungan yang dijangka dalam keadaan ekonomi berkembang

Keuntungan yang dijangka dalam keadaan ekonomi meleset
Melancarkan promosi
RM 70 000

- RM 20 000
Meningkatkan kualiti dan kuantiti jurujual
RM 80 000
- RM 30 000
Tidak membuat apa-apa
RM 0

RM 0
Kebarangkalian
0.6

0.4

Kos melaksanakan keputusan untuk melancarkan promosi ialah RM 6 000 , manakala kos meningkatkan kualiti dan kuantiti jurujual ialah RM 10 000.

i)                 Lukis rajah pokok keputusan berdasarkan pilihan keputusan Syarikat Alas Kaki Berhad.
ii)                Hitung jumlah jangkaan kewangan bagi setiap pilihan keputusan
iii)              Nyatakan keputusan yang perlu di ambil oleh syarikat tersebut. [12]

c)        Seorang graduan baru sahaja bertugas sebagai Pegawai Pemasaran. Dalam tempoh percubaan, beliau gagal mencapai sasaran jualan. Beliau telah diarahkan oleh Pengurus Pemasaran untuk meningkatkan jualan seberapa banyak yang boleh. Di samping itu, Pengurus Besar telah mengarahkan beliau untuk memberikan kursus asas perakaunan kepada Kerani Kewangan. Beliau menghadapi masalah kerana pasukan jurujualnya tiada pengalaman dalam melaksanakan jualan di samping beliau sendiri tiada pengalaman dalam memberikan kursus. Syarikat tidak menyediakan kenderaan kepada beliau dan pasukan jurujualnya untuk menjalankan tugas. Setiap kali beliau hendak keluar, beliau mesti mendapatkan kebenaran daripada Pengurus Pemasaran. Situasi ini menyebabkan beliau amat tertekan.

i)                 Kenal pasti punca ketegangan pegawai pemasaran tersebut.
ii)                Berikan cadangan untuk mengurangkan ketegangan yang dihadapi oleh pegawai pemasaran itu.                                                                           [8]


          

13.  a)  Bebanan kerja yang bersesuaian adalah penting untuk memastikan bahawa pekerja
            dapat melaksanakan tugas dengan berkesan. Bincangkan.                                      [9]
       b)  Terangkan empat tanda ketegangan yang dihadapi oleh seseorang pekerja.           [8]
       c)  Jelaskan empat faktor luaran organisasi yang boleh menyebabkan ketegangan pekerja.                                                                                                                                                           [8]

14. a)   Pengurus Besar sebuah kilang memproses kelapa sawit mendapati bahawa hasil
            kilangnya telah merosot. Dengan menggunakan gambar rajah tulang ikan, terangkan
proses yang dilakukan oleh Pengurus Besar untuk mengenal pasti masalah tersebut.                     
                                                                                                                                    [15]
      b)   Huraikan lima ciri individu yang berkesan seperti yang dicadangkan oleh Stephen
            Covey.                                                                                                                         [10]


2007

15.       Ahmad ialah Penyelia Pengeluaran di syarikat Gantikom Sendirian Berhad, iaitu sebuah syarikat           pengeluaran alat ganti komputer. Dalam menjalankan tugasnya, beliau menghadapi pelbagai masalah yang perlu diselesaikan. Setiap hari beliau datang awal ke pejabat untuk menyediakan tugasan  bagi pekerjanya. Beliau sering menghadapi masalah dengan pekerja yang tidak datang      bekerja dan juga yang datang lewat. Beliau sendiri kerap membaiki mesin yang rosak . Pembelian         perlatan pejabat dan bahan untuk pengeluaran memang menjadi tugas rutin beliau. Sekali sekala        beliau terpaksa menyelesaikan masalah kemalangan yang berlaku di kilang semasa proses pengeluaran.

            Encik Basir pula merupakan pemilik dan Pengarah urusan syarikat Gantikom Sendirian Berhad. Beliau sentiasa berbincang dengan Ahmad apabila syarikat terpaksa menambah pengeluaran untuk           memenuhi kehendak pelanggan. Kadang kala pelanggan ingin mengubah spesifikasi produk yang ditempah. Pesaing juga sekali sekala memaksa Encik Basir mengubah strategi perniagaan. Fungsi           pengurusan sumber manusia adalah di bawah tanggungjawab Pengarah Urusan. Oleh itu, masalah       pekerja yang berhenti kerja dan yang mengalami kemalangan ditangani oleh Encik Basir. Beliau terpaksa berhubung dengan Jabatan Buruh jika keadaan ini berlaku. Kebanyakan tragedi berlaku di luar jangkaan Encik Basir dan ini menyulitkan beliau untuk menyelesaikan masalah tersebut.

(i)     Jelaskan dua jenis keputusan yang perlu dibuat oleh pihak pengurusan atasan dalam menyelesaikan masalah syarikat di atas.                                                                   [7]
(ii)    Bincangkan lima langkah dalam proses membuat keputusan yang perlu dilakukan oleh Encik Basir jika terdapat  permintaan pelanggan untuk menambah pengeluaran syarikat tersebut                                                                                                                      .[18]

16. a)   Huraikan empat kesan terhadap syarikat jika pekerja mengalami stres yang berlebihan.                                                                                                                                                      [8]
      b)   Jelaskan bagaimana hubungan antara gaya kepemimpinan pengurus dengan personaliti
pekerja memberikan kesan terhadap tahap stres pekerja.                                         [1]
c.      Pengurus yang efektif akan mencuba untuk memahami dahulu dan kemudian mencuba untuk difahami. Jelaskan penyataan ini.                 [6]


2008
17. a)   Huraikan ciri-ciri tabii orang yang berjaya seperti yang berikut:
                     i.          Berfikiran menang-menang
                    ii.          Mencuba memahami dahulu dan mencuba untuk difahami
                  iii.          Mengutamakan yang utama dahulu                   [15]

b)   Huraikan penggunaan kemahiran teknik dalam menyelesaikan masalah antara ahli
      kumpulan.                                                                                                       [10]


18.  a)  Encik Sazali memulakan kerjayanya sebagai penyelia pengeluaran di sebuah syarikat
membuat perabot di Shah Alam. Selepas lima tahun, beliau dinaikkan pangkat kepada
pengurus jabatan pengeluaran. Selepas berkhidmat selama 10 tahun, beliau dilantik
sebagai pengarah urusan syarikat.
Huraikan keperluan kemahiran bagi setiap peringkat kerjaya Encik Sazali.   [12]

      b)   Cik Azila baru bertugas sebagai eksekutif kewangan di Syarikat Bayu Laut Sdn Bhd.
 Semasa tempoh percubaan selama enam bulan, beliau gagal mencapai sasaran jumlah
 kutipan hutang syarikat yang telah ditetapkan . Beliau telah diarahkan oleh pengurus
 kewangan untuk meningkatkan lagi jumlah kutipan hutang syarikat. Pada masa yang
 sama, pengurus Besar telah mengarahkan beliau untuk memberikan kursus asas
 pemasaran kepada jurujual syarikat. Syarikat juga tidak menyediakan kenderaan dan
pasukan pengutan hutang semasa menjalankan tugas. Setiap kali beliau hendak keluar
untuk memungut hutang, beliau mesti mendapat kebenaran daripada pengurus
 kewangan. Situasi ini membuat beliau berasa tertekan.

                    i.        Jelaskan punca ketegangan eksekutif kewangan tersebut.          [8]
                   ii.        Nyatakan lima cadangan untuk mengurangkan ketegangan yang dihadapi oleh eksekutif kewangan tersebut.       [5]

2 comments: