Saturday, August 25, 2012

JAWAPAN KRT 6 BAWAH OGOS 2012


JAWAPAN KRT 6 BAWAH OGOS 2012:[spe2 rajin tgk blog ni dapatlah jwapannya...]

a Huraikan lima peranan perniagaan domestik kepada perkembangan ekonomi negara.(5)
Peranannya:
  1. Memberi pendapatan kepada negara [ ½ ] - melalui sebarang cukai perniagaan. [ ½ ]
  2. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan – mengurangkan kadar pengangguran/meningkatkan kadar gunatenaga negara.
  3. Membangunkan peluang perniagaan - meningkatkan kegiatan perusahaan huluan /mewujudkan perusahaan lain yang menyokong perusahaan asas (pengangkutan, makanan, pembekalan)
  4. Menjimatkan pertukaran asing – melalui penggunaan sumber tempatan/mengurangkan pengaliran keluar mata wang negara.
  5. Membangunkan modal insan – kemahiran asas kepada tenaga kerja tempatan.[5 Fakta pertama x 1m=5m]
b. Beri enam kebaikan sesebuah perniagaan itu melibatkan diri di pasaran antarabangsa. (6)
  • Dapat meluaskan pasaran yang sudah tepu 
  • Meningkatkan jualan dan keuntungan
  • PerkongsianTeknologi dengan negara luar
  • Sumber/ Bahan mentah dapat diguna secara optimum
  • Imej perniagaan akan meningkat
  • Meningkatkan hubungan dua hala antara negara terlibat
  • Membantu memperkenalkan negara kepada dunia luar
    [mana-mana 6 pertama x 1m=6m]

 
c. Koperasi Peladang terlibat dalam perladangan kelapa sawit yang membekalkan hasil 
keluarannya kepada Sri Murni Sdn Bhd yang mengeluarkan pelbagai produk berasaskan
minyak kelapa sawit untuk pasaran dalam dan luar negara. Di antara pengedar utamanya
ialah Pasar Mini Karida.
Bincangkan operasi ketiga-tiga organisasi perniagaan di atas dari aspek aktiviti dan
kedudukannya di dalam tahap pengeluaran, tahap industri dan tahap pasaran.     [12]

 

Tahap\EntitiKoperasi Peladang Belara
[F= ½m, H= ½m]
Sri Murni Sdn Bhd
[F= ½m, H= ½m]
Pasar Mini Karida
[F= ½m, H= ½m]
AktivitiPengeluaran[½]
Ekstraktif
-Aktiviti pertanian -
perladangan kelapa
sawit[½]





 
Pengeluaran[½]-Perkilangan
-Pemprosesan Minyak
kelapa sawit –produk
pengguna[½]
Perkhidmatan[½]-
Perdaganganmengedarkan
produk
berasaskan minyak kelapa
sawit kepada pengguna
akhir[½]
Tahap PengeluaranPrimer[½]- Perladangan
kelapa sawit[½]
Sekunder[½]- Proses
pengilangan kelapa sawitmengeluarkan
produk
berasaskan kelapa sawit[½]


 
Tertier[½]- Perkhidmatan
Pemasaran/Jualan[½]
Tahap IndustriHuluan[½]- Pengeluaran
berasaskan sumber aslipenanaman
pokok kelapa
sawit[½]
Hiliran[½]-Melibatkan proses
mengeluarkan pelbagai
produk berasaskan minyak
kelapa sawit[½]
Hiliran[½]- Memasarkan
pelbagai produk yang
dikeluarkan oleh industri
huluan dan hiliran[½]
Tahap PasaranDomestik[½]- Membekalkan
hasil keluaran kepada Sri
Murni Sdn Bhd-dalam
negara sahaja[½]
Domestik&
Antarabangsa[½]-
Memasarkan produk di
dalam dan ke luar negara[½]
Domestik[½]- Hanya
memasarkan produk di
dalam negara[½]

 


 

d. Huraikan aktiviti dalam proses pengeluaran. (6)
Proses Pengeluaran:
1. Input [1]
• Menyediakan faktor-faktor pengeluaran [tanah,buruh,modal,keusahawanan, teknologi [ ½ ]
• Contoh: [ ½ ]
2. Proses pengeluaran/Tranformasi
• Melibatkan aktiviti pengeluaran-tukar input kepada barangseparuh siap/barang siap melalui
proses tambah nilai.
• Contoh:
3. Output
• Produk yang dihasilkan untuk dipasarkan kepada penggunaindustri/pengguna akhir.
• Contoh:
[maksima=6m]
e. Jelaskan komponen dalam sistem pengeluaran. (6)
  1. Sistem pengeluaran merujuk kepeda proses yang melibatkan pertukaran input kepada output (barang dan perkhidmatan )
  2. Input ialah sumber yang diperlukan untuk digunakan dalam kerja –kerja pengeluaran.
  3. Aset merangkumi kilang, mesin, peralatan, dll.
  4. Sumber manusia melibatkan pekerja mahir, separuh mahir, dan tidak mahir, penyelia, dan pengurus.
  5. Sumber kewangan merupakan wang yang dilaburkan oleh pemilik,penjualan saham, atau wang pinjaman.
  6. Maklumat pula berhubung dengan sebarang maklumat yang meningkatkan kecekapan.
  7. Proses transformasi atau pengeluaran ialah proses menukarkan input kpd output.
  8. Teknologi merujuk kpd teknik dan kaedah yg digunakan dlm perkhidmatan yg terhasil drp aktiviti pengeluaran.

 

f. Nyatakan lima ciri pengeluaran secara tempahan.[5]
Pengeluaran secara tempahan
  • Pengeluaran jenis ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan,
  • Memerlukan pelaburan yang besar,
  • Teknologi yang canggih
  • Memerlukan kemahiran yang tinggi.
  • Produk ini akan dihasilkan mangikut tempahan pelanggan dengan
  • spesifikasi yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh pelanggan
  • Penghasilan produk yang unik dalam kuantiti yang kecil apabila ada
  • tempahan dari pelanggan.
  • Contoh : pembinaan bangunan, tempahan pakaian.

 

g Terangkan secara ringkas langkah-langkah yang terlibat dalam proses pemasaran. [6]
1. Menilai peluang-peluang pemasaran
  • Analisis persekitaran pasaran
  • Fokus utama pemasar-pengguna iaitu permintaan pengguna
  • Analisis-faktor demografi, ekonomi pengguna, persekitaran teknologi
2. Memilih sasaran pasaran
  • Aktiviti-pemetakan pasaran, sasaran pasaran dan peletakan pasaran.
  • Membentuk strategi pemasaran berdasarkan-keperluan dan kehendak pengguna dan membahagikan pasaran kepada beberapa segmen yang terbaik.                                                                 3.   Membina campuran pemasaran
  • Membentuk strategi boleh ubah dalam 4 komponen utama iaitu produk,
  • promosi, harga dna tempat.
  • Campuran pemasaran ini perlu untuk membolehkan organisasi mendapat makulmat penting daripada sasaran pasaran.

  • 4. Mengurus usaha pemasaran
  • Usaha pemasaran melibatkan aktiviti menganalisis, merancang, melaksana dan mengawal proses pemasaran.

 
h. Jelaskan pendekatan pemasaran kemasyarakatan. [4]
Pendekatan Pemasaran Kemasyarakatan
  • Konsep ini memerlukan pemasar untuk mengambil berat tentang hal-ehwal dan
    kebajikan pengguna dan masyarakat.    
  • Ia memerlukan organisasi untuk memahami dan memuaskan kehendak pengguna
    melalui cara yang terbaik bagi pengguna dan masyarakat dalam jangkamasa panjang.
  • Apa yang jelas, eksekutif pemasaran mestilah bertindak dengan cara yang lebih
    berkesan dan bertanggungjawab terhadap masyarakat jika mereka mahu berjaya dan syarikat mereka terus hidup.
  • Contoh biasiswa yang diberikan oleh syarikat Petronas kepada mereka yang
    berkelayakan merupakan salah satu sumbangan mereka di dalam menjaga kebajikan masyarakat

 

i. Portfolio perniagaan haruslah di buat berdasarkan kekuatan dan keupayaan syarikat atau
dikenali sebagai analisis SWOT. Jelaskan.                         [6]

 

Analisis SWOT:
  • Strengths (Kekuatan) ialah faktor dalaman di dalam organisasi yang membantu
    kepada pencapaian objektif.
  • Weaknesses (Kelemahan) ialah faktor dalaman di dalam organisasi yang
    memberikan kemudaratan/kekangan kepada pencapaian objektif.
  • Opportunities (Peluang) ialah faktor luaran yang membantu dan memberikan
    kesan positif kepada pencapaian objektif.
  • Threats (Ancaman) ialah faktor luaran yang membantutkan dan memberikan
    kesan negatif kepada pencapaian objek.

1 comment:

  1. points dalam blog ini banyak menolong saya boleh saya dapat nombor telefon cikgu tak ini nombor saya cikgu whatsapp saya 01159035874

    ReplyDelete