Wednesday, December 12, 2012

Reunion kawan2 Maktab Perguruan Teknik 1987-1989

Seronok betul dapat bertemu dengan kawan2 lama walaupun kali ni tak seramai reunion 2010 dahulu.  Acara ini bakal menjadi acara dua tahun sekali di bawah anjuran sahabat kita Siti Fasliyaton Ghazali yg begitu bersusah payah menemukan kita semua.
Ada kawan2 yg datang pada 2010 dahulu tidak dapt turut serta...Shakirah, Zarina, Norli, Suzana dan lain2 lg tak dapat hadir. Tapi kali ini ada kawan2 lain yg datang spt Shimah, Shimi, Tajul, Nik Jamilah, Zaimah, Nasran, Siti Musalmah....tak sangka kita dapat bertemu lagi selepas lebih 20 tahun..
Yang masih setia semestinya saya...Anida Malek, Siti, Norzlin, Muhammad, Kamarudin, Midah Ramlan, Midah Nazir,Akmar,  Zawiyah,( yg melepaskan bebanan perasaan pasal PBS kepada Tuan Kamarudin, he3..kelakar betul sbb dia lambat disebabkan sesat tawaf KL..)
Macam2 cerita dalam pertemuan kita 12 tgh hingga 4 ptg bgaikan tidak cukup waktu..namun In Shaa Allah..kita merancang pertemuan berikutnya pada 2014 di Trengganu...ala2 family day 2malam 3 hari...diharap kawan2 yg lain dapat meluangkan masa..Nik Jamilah diamanahkan untuk memprgramkan pertemuan akan datang...walaupun Nik tidak lagi bergelar pendidik tapi beliau tetap pendidik kepada keluarganya..
Semoga segalanya akan terlaksana nanti. Kepada kawan2 bekas MPTeknik yg sudi untuk bersama pd pertemuan pertama dan kedua  diabadikan ucapan berbanyak terima kasih..tak lupa buat Siti yang merancang semuanya...terimakasih tak terhingga, semoga beliau akan terus sihat untuk melancarkan program kita.
Kepada kawan2 yg masih tidak punya masa...terserahlah pd kalian...semoga semuanya bahagia dgn kehidupan masing2..








No comments:

Post a Comment