Tuesday, February 25, 2014

ISU HALAL PRODUK DOUBLE STEMCELL

Logo Halal : Antara Kedaifan, Ketaksuban Dan Menumpang Kasih

Ramai yang marah-marah kenapa pihak Syarikat dan JAKIM tidak bertindak setelah isu ini hangat diperdebatkan dilaman sosial dan blog persendirian. Kami pun terkilan jugak pada awalnya memandangkan setiap hari dihujani berbagai pertanyaan. Tetapi bila difikirkan balik, ada betulnya buat apa kedua-dua pihak nak ambil pusing sangat dengan cerita-cerita Internet. Biarkanlah mereka menjalankan kewajipan mereka secara professional dan amanah tanpa sebarang tekanan dan gangguan.

Pihak Syarikat telah pun menjalankan tanggung jawab untuk memohon logo dan sijil pengesahan Halal dan begitu juga pihak Jakim yang akan menunaikan kewajipan mereka apabila permohonan dibuat. Secara dasarnya, tidak ada pengusaha yang mengeluarkan produk tidak halal berusaha untuk memohon sijil halal JAKIM. Sebarang permasalahan teknikal biarlah mereka menyelesaikannya dengan permaufakatan biarpun perkara ini telah lama berlanjutan.

Daripada isu logo halal, logo haram atau palsu, kini berkisar pula perdebatan tentang status halal produk. Masing-masing cuba berhujah walaupun tidak pasti apa yang diutarakan dan kebenarannya. Begitu juga yang cuba menumpang kasih samada dengan kepentingan peribadi atau tidak, untuk turut sama berkongsi cerita tanpa sedar akibatnya nanti. MasyaAllah, begitu concernnya masyarakat terhadap fenomena produk Double Stemcell nih!

Pihak yang tak suka pastilah menentang hingga sanggup menafikan walaupun sedikit kebaikan yang ada pada produk serta khasiat dan keberkesanan kepada mereka yang telah menggunakannya. Bagi mereka yang fanatik pastilah berhujah mempertahankannya hingga menimbulkan rasa benci pada pihak lain hingga berlakunya tuduh-menuduh. Sudah-sudahle tu...Hentikanlah apa sahaja bentuk promosi yang dilarang terutama menjaja bukti pendapatan sebagai tool atau alat utama pemasaran. Tak perlulah nak berselindung lagi dengan cerita tak perlu itu dan ini, bukan mlm tapi spm, mvm dan sebagainya kerana jawapannya tetap sama; TQVM!. Bila tanya lesen, tunjuk juga AJL (LESEN BERBILANG TINGKAT). Biarlah prospek menilai dan mengkaji viability terhadap bisnes yang anda syorkan.

Ingatlah sebagai seorang yang beriman, kita selalu diperingatkan untuk sentiasa bersangka baik terhadap sesuatu perkara serta dilarang membicarakan sesuatu yang tidak pasti kebenarannya. Begitu jugalah kepada pihak yang mengunjurkan mencari sesuatu yang halal itu fardu atas nama persahabatan. Jika niat baik anda hanya menjuruskan perbalahan, pastinya ada sesuatu yang tidak kena. Buatkanlah dengan cara yang lebih molek. Tubuhkanlah NGO yang sah jika perlu sangat nak perjuangkan isu halal ini tanpa berselindung identiti. Pastikan anda sendiri mendapat kebenaran daripada pihak JAKIM samada untuk menampal atau mengubah-suai logo mereka untuk apa sahaja tujuannya.
Untuk renungan bersama, semoga kita beroleh rahmat serta keampunanNya.
Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). (An-Nuur 24:19)
 

No comments:

Post a Comment