Thursday, November 22, 2012

fokus pp2: dr blog cgu azly..tqvm


FOKUS: STRATEGI MEMULAKAN PERNIAGAAN

SOALAN 1

Terangkan tiga bentuk francais dan berikan contoh bagi setiap bentuk francais tersebut.  [6]

CADANGAN RANGKA JAWAPAN:

i.      Pemegang francais berformat
Francais mendapat lesen untuk membuat dan memasarkan barangan daripada francaisor yang menawarkan format perniagaan secara pakej yang meliputi hak penggunaan harta intelektual.
Contoh:       logo, jenama, goodwill; strategi pemasaran, operasi, pengiklanan, perakaunan, dan latihan; KFC, McDonald
ii.     Francais pengilang produk
Francaisi menerima lesen untuk mengeluarkan barangan mengikut formula, resepi atau reka bentuk francais.
Contoh:       pembotolan pepsi cola
iii.    Francais wakil pengedar
Francaisi dimestikan memasarkan barangan keluaran francaisor secara eksklusif mengikut peraturan dan kaedah yang ditentukan oleh francaisor.
Contoh:       Shell, BP, Mobil, dll.
iv.    Penganjur
Bertindak pengajur kepada francaisor.
Contoh:       Pernas Edar, G-Mart

SOALAN 2

Anda sebagai seorang usahawan telah menjanakan satu idea dan ingin  memulakan perniagaan berdasarkan idea tersebut. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memulakan sesuatu perniagaan. Francais dan perikatan strategik adalah dua strategi yang boleh digunakan oleh  usahawan  untuk memulakan perniagaan tersebut.

a.        Huraikan  apa yang anda faham dengan dua strategi permulaan perniagaan di atas.[7]
b.        Jelaskan empat kebaikan dan empat keburukan strategi memulakan perniagaan     francais. [12]
c.        Terangkan tiga sebab strategi perikatan strategik lebih baik berbanding dengan     francais. [6]

CADANGAN RANGKA JAWAPAN:

a.        Definisi perikatan strategik dan francais

Perikatan strategik
Francais

·       Merupakan satu persekutuan atau pergabungan bersama dua atau lebih firma
·       Mempunyai tujuan tertentu untuk mempelajari teknologi dan kemahiran
·       Mekanisma perikatan termasuklah usahasama, perlesenan, kontrak pengeluaran
·       Agihan untung berdasarkan kepada satu perjanjian yang dipersetujui.


·       Memulakan perniagaan dengan membeli lesen perniagaan lain yang telah wujud
·       Merupakan satu ikatan kontrak
·       Syarikat induk yang memberi lesen dinamakan sebagai francaisor
·       Usahawan  yang menerima lesen digelat francaisi
·       Francaisi akan membayar akan membayar yuran atau royalty


b.        Kebaikan dan keburukan francais :

Kebaikan  francais
Keburukan francais :

1.          Latihan pengurusan disediakan oleh francaisor
-            Mengatasi masalah kekurangan pengalaman
-            Latihan untuk membantu usahawan diadakan
2.          Bantuan kewangan
-            Pinjaman wang untuk membeli bekalan dan peralatan
-            Memberi panduan membuat pinjaman bank
3.          Jenama dan imej yang mantap dan sedia ada
-            Telah ada reputasi
-            Pengiklanan diadakan oleh francaisor
4.          Bantuan berterusan
-            Menyediakan bantuan walaupun perniagaan telah dimulakan
-            Bantuan dari segi kawalan perbelanjaan dan inventori



1.         Kawalan terhad
-            Tidak boleh membuat keputusan tanpa persetujuan francaisor
-            Keputusan berkenaan produk dan waktu urusniaga
2.         Yuran Francais
-            Dikenakan membayar dua yuran
-            Yuran pendahuluan ketika membeli francais
-            Yuran royalti yang berterusan sepanjang operasi
3.         Masalah imej
-            Tindakan francaisi lain akan menjejaskan imej francaisi yang lain
-            Ini akan menyebabkan keuntungan akan berkurangan
4.         Tiada maklumat lengkap industri francais di Malaysia
-            Tiada akta yang mengawasi sistem francais
-            Tiada sistem kawal selia terhadap kualiti.


c.        Tiga sebab perikatan strategik lebih baik daripada francais :

1.        Perikatan strategik kebebasan dalam membuat keputusan berbanding dengan francais masih tertakluk dengan ketetapan francaisor
2.        Perikatan strategik boleh berkongsi idea dalam sesuatu perniagaan tetapi francais mesti mematuhi syarat-syarat yang telah sedia ditetapkan
3.        Perikatan strategik dapat mewujudkan  pertukaran jenis kemahiran dan pengetahuan di antara satu sama lain sementara francais tertakluk kepada format francais yang telah disediakan.

SOALAN 3

Dengan bermodalkan RM50 000, Julia seorang graduan lepasan universiti berhasrat untuk memceburi bidang perniagaan berkaitan makanan. Beliau mempunyai pilihan untuk membuka perniagaan baru atau  memasuki bidang francais. Bincangkan.[10]

CADANGAN RANGKA JAWAPAN:

(Pelajar perlu memberikan pilihan sama ada memilih memulakan sendiri atau francais.)               

        Sekirannya memilih memulakan sendiri:

        Kebaikan memulakan sendiri:
1.        Bebas untuk memilih lokasi yang sesuai - restoran atau warung makanan yang strategik.
2.        Peluang untuk membentuk imej yang tersendiri – jenis-jenis makanan yang hendak dipasarkan. Contohnya, makanan tradisonal, cina, barat dll.
3.        Bebas untuk memilih kakitangan / pembekal / produk baru - bahan-bahan mentah, pelayan restoran dll
4.        Bebas untuk membuat keputusan tanpa campur tangan pihak luar – kaedah susun atur kedai restoran dll
5.        Bebas memilih kemudahan fizikal yang diperlukan – perabot, peralatan dapur dll

Kelemahan sistem francais kepada Cik Julia :
1.        Tiada kebebasan kerana perlu mengikut peraturan oleh francaisor - bahan mentah, susun atur premis perniagaan perlu ikut peraturan francaisor dll.
2.        Yuran yang dikenakan oleh francaisor mahal – makanan segera KFC RM 800,000.
3.        Undang-undang yang mengawal perniagaan francais kurang ketat.
4.        Risiko ditipu oleh francaisor – tiada bantuan diberikan dll

        Sekiranya memilih untuk mengikut sistem francais, kebaikannya:
1.        Berisiko  rendah
2.        Berpeluang untuk memperdagangkan produk yang sudah terkenal jenamanya - Mc Donald, KFC
3.        Berpeluang untuk memperoleh kaedah pengurusan yang telah terbukti berjaya.
4.        Mendapat panduan dan bimbingan, pemasaran serta bantuan kewangan daripada francaisor.

        Kelemahan memulakan sendiri:
1.        Tiada rekod perniagaan terdahulu sebagai panduan.
2.        Perlu mencari pelanggan baru
3.        Usaha yang memakan masa
4.        Kesukaran mendapatkan pinjaman atau kemudahan pembiayaan.
5.        Pekerja yang tidak terlatih,
6.        Lokasi yang tidak strategik dll.

SOALAN 4

Mengapakah kerajaan menggalakkan usahawan bumiputra menceburkan diri dalam perniagaan francais berbanding memulakan sendiri perniagaan.                                               [8]

CADANGAN RANGKA JAWAPAN:

1.        Menggunakan jenama yang sudah terkenal.
2.        Imej yang baik.- nama baik dipercayai (goodwill)
3.        Berisiko rendah
4.        Mempercepatkan perkembangan perniagaan.-menambahkan
5.        Faedah ekonomi bidangan
6.        Faedah kepada usahawan yang tidak berpengalaman.-pakej latihan dan promosi
7.        Franchaisor memberikan bantuan modal.(dr segi francaisor sebagai perujuk)
8.        Memudahkan bank (peminjam)
9.        viii.Meluaskan pasaran

No comments:

Post a Comment