Thursday, February 7, 2013

JAWAPAN LATIHAN PENGUKUHAN MINGGU 3

8
8 Jelaskan ciri-ciri perancangan strategik yang biasa diwujudkan dalam sesebuah organisasi.


Ciri-ciri perancangan strategik

1.      Kandungan perancangan melibatkan visi, misi serta hala tuju organisasi
2.      Tempoh masa perancangan adalah untuk jangka masa pangjang dan biasanya melebihi tiga tahun.
3.      Perancangan dilakukan oleh pengurus peringkat atasan
4.      Perancangan melibatkan risiko yang tinggi kerana melibatkan perancangan keseluruhan.
5.      Skop perancangan melibatkan matlamat organisasi secara menyeluruh.


9
9.Huraikan langkah pengurus dalam menganalisis persekitaran perniagaan semasa proses perancagan bagi sesebuah organisasi perniagaa.


1.      Pengurus perlu faham persekitaran dalaman dan luaran organisasi
2.      Melihat dan meramal apa yang akan berlaku di dalam/ diluar organisasi
3.      Membuat premis perancangan berdasarkan maklumat persekitaran dalaman/ luaran
4.      Analisis persekitaran dalaman seperti sumber manusia, kewangan dll
5.      Analisis persekitaran luaran seperti undang-undang, ekonomi/ politik dll

10
10.Jelaskan fungsi alat perancangan carta gantt dalam proses perancangan.

1.      Satu kaedah untuk mengagihkan masa penggunaan mesin dan masa penggunaan manusia.
2.      Merancang kemajuan sesuatu program dengan mudah..
3.   Aktiviti diatur mengikut turutan jadual masa dengan menetapkan masa permulaan dan masa akhir setiap aktiviti.
4.    Menunjukkan tahap pencapaian /kemajuan bagi setiap projek berdasarkan tarikh penyempurnaan yang telah ditetapkan.

11
11.Jelaskan pernyataan misi bagi sesebuah organisasi perniagaan.

·        Tujuan utama sesebuah organisasi ditubuhkan.
·        Biasanya misi dinyatakan dalam bentuk yang umum, luas dan memperlihatkan nilai-nilai kepercayaan dan   
       falsafah pengurusan.
·        Membentuk identiti dan imej organisasi.
·    Misi penting sebagai panduan dan motivasi ahli organisasi – hala tuju yang dikongsi bersama – dapat memfokus usaha.
·    Kepada pengurus, ia menjadi ukuran bagi menilai kejayaan organisasi – sejauh mana pengurus berjaya memenuhi misi tersebut melalui usaha pekerja bawahannya.

12
12.Jelaskan elemen yang perlu diberi perhatian semasa membuat analisis kekuatan dalaman bagi analisis SWOT yag dijalankan di dalam sesebuah organisasi.

Elemen dalam kekuatan

1.      Kelebihan syarikat dari pesaing
          Apakan kelebihan yang ada?
2.      Bidang yang menjadi kekuatan syarikat
          Apakah bidang  atau ruang  terbaik dapat dilakukan?
3.      Kekuatan dalam pasaran produk berbanding pesaing.
          Apakah Kekuatan organisasi dalam pasaran?
4.      Kekuatan dalam halatuju dan strategi syarikat.
          Adakah organisasi  mempunyai  halatuju strategi yang jelas?
5.      Kekuatan aspek pekerja
          Adakah organisasi  mempunyai suasana kerja yang positif?

13
13.Jelaskan empat kepentingan pengorganisasian bagi sesebuah organisasi.

1.      Menghasilkan satu susunan tenaga kerja yang sistematik bagi mencapai matlamat organisasi.
2.      Memastikan pengagihan sumber di antara jabatan dapat dilakukan dengan saksama.
3.      Mengawal tingkah laku pekerja melalui prosedur dan sistem yang telah ditetapkan.
4.      Supaya organisasi dapat berjalan dan diuruskan dengan lincin dan teratur.
5.      Agar aktiviti kerja dapat dilakukan dengan cekap dan berkesan.
6.      Dapat mengurangkan konflik tugas antara pekerja.
7.      Membangunkan sumber manusia melalui latihan dan pembangunan.
8.      Membantu merancang guna tenaga dengan lebih cekap dan berkesan.
9.      Dapat menjalankan peranan, tanggungjawab dan hubungan dengan unit kerja.  
10.   Dapat mengagihkan penggunaan sumber organisasi dengan cekap.
11.   Untuk menyelaras pelaksanaan perancngan dan mencapai matlamat organisasi

No comments:

Post a Comment