Wednesday, October 30, 2013

JAWAPAN SOALAN LATIHAN LOWER 6(6 UPM B) PENGGAL 1 2013

SKEMA CADANGAN:
(a) Jelaskan dua faktor pengeluaran yang terlibat dalam pengeluaran barang industri.                                                                                                                                     [6]
Dua faktor pengeluaran:
1.               Bahan Mentah
- merangkumi sumber alam semula jadi meliputi hasil galian,pertanian
Cth: Petroleum sebagai bahan api untuk menggerakkan mesin
2.               Modal
-merujuk kepada modal kewangan dan modal fizikal
Cth: Jentera dan bangunan kilang untuk memproses pengeluaran
3.Modal insan
-merujuk kepada kebolehan dan kemahiran sumber manusia
Cth: operator pengeluaran terlibat dengan bahagian pengeluaran produk kilang
4.Teknologi
-ialah kaedah yang direka cipta untuk memudah dan mempercepat pengeluaran produk
Cth: penggunaan robot dalam aktiviti pemasangan kenderaan
5.Keusahawanan
-Himpunan kemahiran seseorang usahawan seperti mempunyai ciri-ciri keatif ,inovatif dan berani mengambil risiko.
Cth: Boon Siew merupakan usahawan yang terlibat dengan pengeluaran motosikal yang berpandangan jauh dan berani mengambil risiko.
                              [mana-mana 2 pertama:fakta-1m,Huraian -1m ,cth-1m]
(b) Jelaskan tiga aktiviti perniagaan yang menawarkan perkhidmatan kepada pengguna.                                                                                                                                    [6]
1.Peruncitan
-aktiviti perniagaan yang menjual barang dengan kuantiti yang sedikit kepada pengguna akhir
2.Pemborongan
-aktiviti perniagaan yang membeli barang secara pukal daripada pengilang dan menjual dalam kuantiti yang kecil kepada peruncit
3. kewangan
-aktiviti menawarkan perkhidmatan kewangan kepada pengguna seperti bank dan syarikat insurans.
4.profesional
-aktiviti yang menawarkan perkhidmatan yang khusus seperti perkhidmatan perakaunan dan guaman
5.Perhotelan
-aktiviti perniagaan yang menawarkan perkhidmatan penginapan,makanan ,minuman dan kemudahan rekreasi
6.pendidikan
-menawarkan pendidikan kepada orang ramai seperti pusat tuisyen,sekolah swasta
                                                [mana 3 yang pertama fakta-1m.huraian -1m]
(c) Dengan merujuk kepada contoh produk  yang sesuai,terangkan tiga jenis susun atur kilang                                                                                                                                      [5]
1.Susun atur secara tetap
-Cth:pembinaan empangan,jambatan
-kedudukan produk ditetapkan sementara pekerja ,bahan mentah akan dibawa ke lokasi produk
2.Susun atur proses
-Cth:Kilang perabot,kilang memproses makanan
-pengumpulan manusia dan alatan yang sama fungsi yang sama fungsi di satu tempat tertentu
3.Susun atur produk
-Cth:pemasangan kereta,
-penyusunan stesen-stesen atau satu barisan mesin mengikut urutan proses pengeluaran
4.susun atur selular
-Cth:pengeluaran telepon bimbit,
-mengumpulkan mesin atau elemen kerja yang berbeza kedalam pusat kerja yang kecil.
(d) Terangkan bagaimana kawalan proses secara statistik digunakan sebagai alat kawalan kualiti sesuatu produk.                                                                                           [4]
-teknik mengawal proses pengeluaran dengan menggunakan kaedah statistic
-dalam SPC, carta kawalan digunakan untuk menilai sampel output sesuatu proses pengeluaran samada produk berada dalam had yang boleh diterima.
-buat rajah carta kawalan
-huraian rajah
(e) Terangkan proses pemasaran yang perlu diikuti oleh seseorang pemasar sebelum memasarkan sesuatu produk .                                                                                              [6]
1.menilai peluang-peluang pemasaran
-mendapatkan maklumat tentang persekitaran pemasaran seperti demografi,ekonomi dan teknologi.
2.memilih sasaran pasaran
-melibatkan aktiviti segmentasi pasaran,penyasaran pasaran dan perletakan pasaran
3.membina campuran pemasaran
--membentuk pengabungan aktiviti pemasaran iaitu produk,pengedaran,penetapan harga dan promosi
4mengurus usaha pemasaran
-merangkumi aktiviti menganalisis,merancang,melaksana dan mengawal proses pemasaran.
           
(f) Terangkan empat komponen dalam analisis SWOT.                                                     [4]
1.kekuatan,faktor dalaman organisasi yang membantu pencapaian objektif.cth: jenama yang terkenal
2.kelemahan,faktor dalaman organisasi yang menghalang pencapaian objektif.Cth:modal yang terhad
3.Peluang,faktor luaran yang membantu kepada pencapaian objektif organisasi.Cth:pemasaran internet,penggunaan teknologi baharu
4. Ancaman,Faktor luaran yang memberi kesan negetif kepada pencapaian objektif.cth: kemasukan pesaing baru yang kuat,persaingan harga
(g) Jelaskan bagaimana strategi pemasaran tidak dibezakan,pemasaran dibezakan dan pemasaran tertumpu digunakan untuk menyasarkan pasaran sesuatu produk.    [6]
i.strategi pemasaran tidak dibezakan
-perniagaan tidak mengambil kira perbezaan yang terdapat dalam pasaran
-aktiviti pengagihan dan promosi dijalankan secara meluas kepada pengguna
-menggunakan campuran pemasaran yang sama pada semua segmen
-cth:syarikat besar seperti Pepsi  mengeluarkan produk seca besar-besaran
ii.pemasaran dibezakan
-menyasarkan beberapa segmen pasaran dan cuba membentuk tawaran produk yang berbeza bagi setiap segmen.
-cth: syarikat Proton mengeluarkan pelbagai model bagi segmen yang berbeza
iii.pemasaran tertumpu
-perniagaan memilih beberapa segmen pasaran yang boleh disasarkan dengan campuran pemasaran yang sama.
-cth:Syariakat penerbangan Air Asia memfokuskan pemasaran kepada penumpang rantau Asia.
(h)Bezakan antara penghuraian kerja dan spesifikasi kerja .                                           [4]
Penghuraian kerja; satu dokumen formal yang merupakan ringkasan bagi sesuatu kerja yang spesifik.
Maklumat: nama jawatan,lokasi kerja,jenis kerja,ringkasan kerja
Spesifikasi kerja; satu dokumen formal yang mengariskan kelayakan yang perlu dimiliki pekerja
Maklumat:kelulusan, pengalaman ,kemahiran dan personaliti
(i)Terangkan empat kepentingan penilaian prestasi seseorang pekerja.              [4]
i.sebagai saluran komunikasi yang formal antara pekerja dan pengurus
ii.menggalakkan pekerja meningkatkan prestasi kerja .
iii.memperolehi maklumat tentang kualiti sumber manusia yang sedia ada
iv.menentukan ganjaran dan pampas an pekerja
v.membentuk program latihan

(j) Nyatakan  proses yang perlu diambil untuk mengenakan tindakan disiplin ke atas pekerja yang bermasalah.                                                                                                     [5]
1.amaran lisan
2.amaran bertulis
3.surat tunjuk sebab
4.inkuiri
5.hukuman          
Soalan 2
 ( a)


Empat prosedur pemilihan pekerja:
1. Borang permohonan
· Langkah awal dalam proses pemilihan untuk disenaraipendekkan
· Memberi maklumat tentang butir-butir peribadi pemohon/kelayakan akademik dan ikhtisas/pengalaman kerja/minat/kegiatan sosial/kegiatan kokurikulum
· Merupakan satu kaedah penapisan yang berkesan
· Maklumat yang diperolehi dinilai dan dimasukkan ke dalam sistem maklumat sumber manusia sebagai bahan penilaian pemilihan

Fakta 1 m & Huraian 2 m
[ MAX 3 m]

2. Semakan rujukan
· Mengandungi maklumat tambahan tentang calon seperti majikan terakhir/rakan sekerja/guru/pensyarah yang boleh dihubungi
· Bagi mengetahui/mendapatkan lebih banyak maklumat tentang sikap/personaliti calon
· Semakan ini sebagai tapisan keselamatan dengan pihak yang boleh dirujuk sama ada melalui telefon/surat/penyiasatan sendiri
· Penyemakan latar belakang calon bertujuan mengesahkan ketepatan maklumat yang terdapat pada borang permohonan

Fakta 1 m & Huraian 2 m
[ MAX 3 m]

3. Temuduga
· Merupakan proses pertukaran maklumat antara organisasi dengan calon
· Kaedah di mana organisasi dapat menanya siri soalan berkaitan kerja/pengalaman/kemahiran
· Untuk menentukan calon layak atau tidak untuk jawatan yang dipohon
· Peluang majikan melihat gelagat/personaliti calon secara bersemuka

Fakta 1 m & Huraian 2 m
[ MAX 3 m]

4. Ujian pemilihan
· Membantu organisasi membuat keputusan yang betul tentang siapa yang layak
· Mengukur sama ada calon dapat melakukan kerja dengan baik atau tidak
· Ujian ini untuk menapis calon
· Contoh ujian pemilihan seperti ujian kecerdasan/ujian kecekapan/ujian personaliti/ujian eq/ujian bakat/dll

Fakta 1 m & Huraian 2 m [MAX 3 m]

i.          Berapakah usia syarikat Nestle’ di Malaysia pada tahun 2012.          [2]
·       100 tahun [1]
·       Penubuhan kilang pertama di Petaling Jaya pada tahun 1912.[1]
·       Pada tahun 2012 Nestle genap 100 tahun penubuhannya di Malaysia. [1]

[ maksima  2m]

ii.          Jelaskan faktor pengeluaran yang terlibat dalam syarikat Nestle’. [12]
Faktor pengeluaran yang terlibat
1.               Bahan mentah [1]-sebagai input utama  pengeluaran[1]
·       Bahan untuk pengeluaran milo/kit kat/ Koko crunch-koko[1]
·       Tanah/lokasi kilang di Malaysia-kilang pertama di lembah kelang[1], kini mempunyai 7 buah kilang di Malaysia[1]
·       Peralatan dan mesin-sebagai peralatan untuk pengeluaran. [1]
[maksima 4m]
2.               Modal insan [1]-     
·       5000 buruh/pekerja tempatan[1]– untuk semua aspek operasi pengeluaran dan pengurusan [1]
·       Petani[1]- bekerja secara kontrak untuk membekal bahan mentah [1]
[maksima 4m]



3.               Modal kewangan [1]
·       RM180 juta perbelanjaan modal untuk menaikl taraf kemudahan termasuklah mesin dan peralatan pengeluaran.[1]
·       Peruntukan kewangan/modal yang besar untuk membayar 5000 gaji pekerja[1]
·       Peruntukan kewangan/modal untuk membina kilang baharu/7 buah kilang sedia ada.[1]
·       Peruntukan kewangan untuk lain-lain perbelanjaan modal seperti pembelian aset tetap perniagaan[1]
·       Peruntukan kewangan/modal untuk perbelanjaan pemasaran. [1]
[maksima 4m]
4.               Ciri-ciri Keusahawanan[1]
·       Usahawan yang berani menanggung risiko dan mampu mengembleng semua faktor pengeluaran untuk menjadikan Nestle’ sebuah syarikat yang berjaya di Malaysia selama 100 tahun. [2]
·       Usahawan juga mempunyai daya usaha dan inisiatif yang tinggi untuk memastikan produk Nestle’ terkenal ke seluruh Malaysia dengan stretagi pemasaran yang bijak dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sosial seperti MILO percuma untuk hari sukan dan tidak pernah menaikkan harga produk Nestle’ walaupun harga bahan mentah sentiasa meningkat.[2]
[maksima 4m]

iii.          Huraikan strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh syarikat Nestle’ untuk meluaskan pasarannya. [16]

1.     Produk[1]
·       Berasaskan makanan dan minuman.[1]
·       Makanan dan minuman untuk semua peringkat[1]
o   Contoh: Milo untuk seisi keluarga, Susu  dan sos untuk bahan masakan, Koko Crunch, Honey Stars, Cookie Crisp, Koko Crunch Duo untuk sarapan pagi kanak-kanak, bijirin untuk bayi, aiskrim untuk semua golongan.[1]
·       Menekankan khasiat terhadap produk yang dihasilkan seperti mengurangkan kandungan garam, gula, dan lemak.[1]
·       Semua produk keluaran Nestle adalah halal.[1]
·       Produk dikeluarkan adalah untuk kegunaan domestik dan juga eksport.[1]
[maksima 4m]
2.     Harga[1]
·       Harga sentiasa rendah/tidak dinaikkan[1] bagi memastikan Nestle’ dapat menembusi dan menguasai syer pasaran domestik dan antarabangsa.[1]
·       Nestle’ Continuing Excellence Initiatives (NCEI)[1] dilaksanakan bagi memastikan harga produk tidak dinaikkan walaupun harga komoditi/bahan mentah dinaikkan oleh pihak lain.[1]
[maksima 4m]




3.     Promosi[1]
·       Nestle’ memperkenalkan “Good Food, Good Life”[1]sebagai slogan untuk menarik minat pelanggan menggunakan produk yang ditawarkan.[1]
·       Kaedah promosi melalui media elektronik seperti laman web, blog, television, radio dan media cetak seperti akhbar, majalah dan risalah.[1]
·       Promosi produk minuman Milo ke seluruh negara terutamanya pada karnival ataupun kejohanan sukan di sekolah-sekolah.[1]
[maksima 4m]

4.     Pengedaran[1]
·       Produk Nestle’ ini boleh didapati di pasar raya besar seperti Tesco dan Giant sehinggalah ke kedai-kedai runcit di seluruh Malaysia.[1]
·       Nestle’ mempunyai 22 buah van milo sebagai pengangkutan untuk bergerak dan promosi ke seluruh negara.[1]
·       Nestle diedarkan ke pasaran domestik dan antarabangsa. [1]
[maksima 4m]
iv.          Huraikan lini produk syarikat nestle’ daripada aspek kedalaman dan kelebaran produk.[8]

Kelebaran produk Nestle’
  • Bilangan barisan atau  lini produk yang ditawarkan  oleh Nestle kepada pengguna.[1]
  • Nestle’ menawarkan pelbagai jenis produk seperti
1.     Minuman[1]
2.     Bijirin bayi[1]
3.     Aiskrim[1]
4.     Sos[1]
5.     Makanan untuk sarapan[1]
[maksima 4m]
1.     Kedalaman(kepanjangan) produk Nestle’
  • Kepelbagaian atau bilangan  item produk dalam satu lini/barisan produk.[1]
  • Contoh:
1.   Aiskrim-Mat Kool, Nestle Drumstick, Le Cremaria[1
2.   Sos-tiram, cili, tomato[1]
3.   Makanan untuk sarapan- mengeluarkan Koko Crunch, Honey Stars, Cookie Crisp, Koko Crunch Duo.[1]
4.   Minuman-Milo, susu[1]
[maksima 4m]


No comments:

Post a Comment