Wednesday, October 30, 2013

SKEMA JAWAPAN PP UNTUK UPPER 6 (6 UPMA DAN 6USMA) PENGGAL 3 2013

SKEMA PEMARKAHAN
PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGAJIAN PERNIAGAAN
PENGGAL 3
BAHAGIAN A:
1.a) Huraikan perbezaan aktiviti yang dilakukan oleh pengurus, usahawan dan peniaga. [6]
Pengurus
Usahawan
Peniaga
Seseorang yang bertanggungjawab untuk menjalankan fungsi pengurusan (Calon perlu menyatakan 4 Fungsi – Perancangan, Pengorganisasian,
Kepimpinan, Kawalan) [1m]
Seseorang yang memulakan sesuatu usaha teroka atau seseorang yang sentiasa mencuba atau mencipta sesuatu yang baru (kreatif).[1m] atau Melakukan pengubahsuaian dan pembaharuan(inovatif) [1m]
- Membeli barangan pada harga yang rendah dan menjual semula barangan kepada pelanggan pada harga yang tinggi.[1m]
- Bekerja bagi mendapatkan imbuhan dalam bentuk gaji [1m] sebagai pulangan terhadap fungsi pengurusan yang telah dijalankan dalam perniagaan.
- Mewujudkan pasaran, dan berusaha untuk menjayakan perniagaannya. [1m]
- Seseorang yang menceburi perniagaan yang sedia ada ( bergiat dalam pasaran sedia ada) untuk mendapatkan keuntungan tetapi tidak menunjukkan keinginan untuk mengembangkan perniagaan.[1m]
b) Jelaskan konsep Tajamkan Gergaji yang disarankan oleh Stephen R.Covey dengan keperluan untuk membentuk modal insan cemerlang. [4]
1. Individu akan sentiasa memperkembangkan diri dari semasa ke semasa [1m]
2. Perkembangan individu merangkumi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) [1m]
3. Kemajuan boleh dikembangkan melalui (cth) latihan fizikal[1], mengikuti kelas-kelas agama[1], kursus[1], ceramah [1] dan melanjutkan pelajaran [1m] (Contoh mak. 2 m)
c) Terangkan dua jenis kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan . [4]
1. Bantuan tapak kilang
- Lokasi yang dipilih oleh usahawan untuk mendirikan kilang atau tempat operasi
- Menyediakan kemudahan ruang niaga, ruang pejabat, tapak kilang dan tapak perindustrian
- Pihak yang terlibat ialah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA),MIEL.
2
2. Bantuan khidmat nasihat dan perundingan
- Membantu usahawan memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran keusahawanan
- Aspek yang diberi tumpuan dalam khidmat nasihat dan rundingan meliputi perundingan pengurusan, cara meningkatkan kualiti dan produktiviti serta pembangunan dan reka bentuk keluaran
- Pihak yang member bantuan adalah Kementerian Pembangunan Usahawan, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC),SIRIM
3. Program Pembangunan Usahawan
- Menawarkan kursus-kursus bagi tujuan membentuk para usahawan
- Melaksanakan banyak program yang memberi manfaat kepada usahawan seperti Program Pembangunan Vendor, Program Mentor-Mentee, Program Pembangunan Francais dll.
- Pihak yang terlibat dalam member bantuan ialah Kementerian Pembangunan Usahawan
4. Bantuan kewangan
- Diberi dalam bentuk wang, pinjaman atau subsidi
- Agensi kerajaan – seperti Kementerian Pembangunan Usahawan seperti Tabung Usahawan Kecil, Tabung Pemulihan Usahawan, TEKUN dll
- Badan-badan berkanun – seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Agro Bank, SME Corp/Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dll.
- Pihak swasta – seperti bank perdagangan dan syarikat kredit
5. Bantuan Pemasaran
- Bantuan memaasarkan produk dan bertujuan utk membantu usahawan dalam mengedar dan memasarkan barangan di dalam negara dan luar negeri
- Contoh FAMA, MATRADE, Karyaneka dll
[ Pilih mana-mana 2, Semak 2 pertama, Fakta khusus 1m, Huraian + Contoh 1m, 2 x 2m]
d) Jelaskan empat kepentingan Rancangan Perniagaan kepada pihak pengurusan. [4]
1. Garis panduan- RP menjelaskan misi, matlamat, belanjawan dan arah tuju untuk mencapai matlamat. [1m]
2. Sebagai alat komunikasi- meyakinkan pihak berkepentingan seperti pembekal, pelanggan dan pihak bank untu mendapat pembiayaan. [1m]
3. Sebagai alat pengukur prestasi- untuk mengukur prestasi serta membanding pencapaian sebenar dengan yang dirancang. [1m]
4. Mengurangkan kesilapan - dapat merancang dan menganalisis strategi pemasaran dan ini dapat mengurangkan risiko dan ketidakpastian. [1m]
5. Penggunaan sumber dengan cekap- pengagihan sumber seperti bahan mentah, modal,
tenaga kerja yang baik dapat mengurangakan pembaziran.[1m]
6. Alat Kawalan - segala aktiviti dijalankan mengikut perancangan dan sebarang penyelewengan dapat dikenalpasti dgn cepat. [1]
[Pilih mana-mana 4 teratas dan ayat mesti lengkap, 4x1=4m]
3
e) Huraikan tiga elemen yang perlu ada dalam rancangan pemasaran. [6]
1 Pelanggan / pembeli - lokasi, sasaran pasaran, anggaran bilangan pelanggan, ciri-ciri kumpulan pelanggan dan jenis keputusan yang mempengaruhi gelagat pembeli
2-. Analisis pasaran - pasaran keseluruhan, pasaran khusus dan faktor persaingan.
3- Saluran agihan / pengedaran - kaedah yang digunakan,penggunaan orang tengah untuk mengedarkan keluaran.
4. Strategi penetapan harga- produk baharu boleh memilih kaedah penarahan atau penembusan harga, harga campuran produk juga boleh dilakukan.
5. Konsep Promosi - strategi promosi, campuran promosi yang dipilih dan sokongan daripada pihak luar seperti pihak kerajaan dan pihak bank.
6. Ramalan Jualan - nisbah syer pasaran firma dalam industri yang sama, ramalan berasaskan analisis pasaran.
7. Persaingan- senarai nama, lokasi dan keupayaan pesaing yang mempengaruhi jualan dalam pasaran.
[ Pilih mana-mana 3 teratas, Fakta Khusus 1m + Huraian 1m , 3 x 2m = 6m]
f) Jelaskan dua strategi memasuki perniagaan antarabangsa yang berikut : [4]
i. Import
 Pembelian barangan dari luar negara untuk dijual atau digunakan dalam negara[1m] bagi memenuhi keperluan perniagaan dalam negara
 Import barang dan perkhidmatan akan menyebabkan aliran wang keluar dari dalam negara ke luar negara. [1m]
 Pengaliran Wang keluar yang berlebihan ini boleh menyebabkan nilai matawang sesebuah negara menurun.[1m]
Maksimum 2m
ii. Eksport
 penjualan dan penghantaran barangan ke pasaran antarabangsa[1m] tanpa perlu membina kilang di negara berkenaan. [1m]
 Eksport akan menyebabkan pengaliran wang masuk ke dalam negara [1m]
 Pengaliran wang masuk ke dalan negara akan menyebabkan nilai matawang negara akan meningkat.[1m]
Maksimum 2m
4
g) Jelaskan dua cabaran yang dihadapi oleh syarikat multinasional apabila beroperasi di luar negara. [6]
1. Struktur organisasi [1m]
 Pemilihan struktur organisasi berdasarkan beberapa faktor seperti persekitaran perniagaan, sasaran pasaran, produk yang dihasilkan. [1m]
 Kaedah struktur organisasi peringkat antarabangsa - mengikut fungsian, produk, geografi, pelanggan dan matriks. [1m]
2. Kawalan pengurusan [1m]
 Kedudukan yang jauh antara cawangan dengan syarikat induk menyukarkan kawalan pengurusan dilakukan. [1m]
 Setiap buah cawangan mempunyai persekitaran perniagaan yang berbeza, kawalan pengurusan yang dilakukan juga perlu berbeza dan keputusan yang dibuat juga berbeza. [1m]
3. Politik dan perundangan [1m]
 tindakan dan keputusan sesebuah kerajaan luar negara bertindak atas tujuan politik yangboleh memberi kesan terhadap perniagaan syarikat multinasional. [1m]
 pergolakan politik sesebuah negara seperti peperangan dan pemberontakan. [1m]
 karenah birokrasi dan perubahan dasar sesebuah negara juga boleh menggugat operasi sesebuah perniagaan. [1m]
4. Ekonomi [1m]
 Aspek kuasa beli pengguna, kitaran ekonomi dunia, penawaran wang dan sistem ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara. [1m]
 Syarikat perlu mengkaji jenis sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara berkenaan dan keadaan ekonomi yang sedang dialami oleh negara yang dipilih.[1m]
5. Sosiobudaya [1m]
 sikap dan persepsi yang dikongsi bersama oleh setiap individu dalam masyarakat sesebuah negara yang dapat mempengaruhi gelagat pembelian penduduk negara tersebut. [1m]
 keperluan dan strategi pemasaran perlu diubahsuai mengikut kehendak, keperluan,kepercayaan, adat resam, agama, bahasa dan cita rasa penduduk tempatan. [1m]
5
h) Huraikan tiga kaedah bukan tarif untuk melindungi perniagaan domestik. [6]
1. Kuota – dikenakan bagi mengehadkan kuantiti sesuatu barang yang boleh diimport pada suatu tempoh tertentu
2. Embargo – satu bentuk sekatan perdagangan/ produk yang dikenakan oleh sesebuah negara terhadap negara lain sama ada dari segi eksport atau import.
3. Kempen belilah barangan tempatan – diadakan untuk menggalakkan rakyat membeli keluaran atau produk tempatan
4. Subsidi Eksport – Bayaran yang dibuat oleh kerajaan kepada pengekspot supaya dapat mengurangkan kos pengeluaran mereka bagi meningkatkan keupayaan bersaing pengeluar tempatan
5. Kawalan Pertukaran Asing – campurtangan kerajaan dalam pasaran pertukaran asing bagi mengurangkan kemasukan barangan import
6. Polisi Bekalan Kerajaan- Kerajaan mengutamakan pembelian barangan tempatan oleh agensi kerajaan dengan menetapkan pembelian sejumlah minimum barangan yang mempunyai kandungan bahan tempatan untuk kegunaan agensi tempatan
7. Prosedur Kastam – Polisi kerajaan yang menetapkan keperluan tertentu barangan import seperti aspek keselamatan barangan import atau memenuhi syarat dokumentasi yang rumit
8. Standard dan Piawai – Kerajaan dan pihak swasta menetapkan piawaian yang tertentu bagi melindungi kesihatan dan keselamatan rakyat.
[ Pilih mana-mana 3 teratas, Fakta Khusus 1m + Huraian 1m , 3 x 2m = 6m]
i) Terangkan dua sebab yang mendorong berlakunya jenayah kolar putih dari aspek pengurusan organisasi. [4]
1. Pengurusan
 kurang kawalan dalaman — kurang kepimpinan dan penyeliaan
 peraturan / prosedur / sistem - longgar dan kurang kawalan
 tindakan disiplin - tidak dikuatkuasakan,
 kurang ketelusan – pengaruh dan kuasa
 penurunan kuasa / pengagihan kerja - yang tidak dikawal, berat sebelah dan tidak adil
[ Pilih mana-mana 2 teratas, Fakta 1m + Huraian 1m , 2 x 2m = 4m]
j) Jelaskan tiga hak yang boleh diperjuangkan oleh pengguna daripada perkhidmatan perbankan. [6]
1. Hak untuk mendapatkan keselamatan [1m]  pengguna selamat berurusan dengan bank,maklumat penyimpan dirahsiakan. [1m]
2. Hak untuk mendapatkan maklumat [1m]  mendapat maklumat tentang perubahan, perkhidmatan yang ditawarkan. [1m]
3. Hak untuk memilih[1m]bebas untuk menentukan bank dan perkhidmatan. [1m]
6
4. Hak untuk mendapatkan pampasan [1m]  ganti rugi sekiranya berlaku kecuaian,kecederaan semasa dalam bank. [1m]
5. Hak untuk bersuara [1m]  melahirkan ketidakpuasan hati, cadangan. [1m]
6. Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan [1m] – mendapat khidmat nasihat tentang pelaburan, instrumen kewangan, dll [1m]
[ Pilih mana-mana 3 teratas, Fakta Khusus 1m + Huraian 1m , 3 x 2m = 6m]
BAHAGIAN B:
2 a) Jelaskan lima pihak berkepentingan secara langsung dalam menjalankan tanggungjawab sosial. [15]
1. Pekerja [1m]
i. membayar gaji dan upah yang berpatutan. [1m]
ii. menjaga kebajikan pekerja seperti cuti sakit, perubatan, insurans, kemudahan
pengangkutan. [1m]
iii. menyediakan suasana tempat bekerja yang selesa dan selamat. [1m]
2. Pemegang saham [1m]
i. menggunakan sumber kewangan perniagaan dengan cekap. [1m]
ii. memastikan tahap kecairan perniagaan yang tinggi supaya mampu membayar dividen. [1m]
iii. meningkatkan nilai pemegang saham dari semasa ke semasa. [1m]
3. Pembiaya [1m]
i. Sekiranya membuat pinjaman dengan pihak bank atau institusi kewangan lain,
perlu memastikan bayaran bulanan yang dibuat menepati masa yang telah ditetapkan. [1m]
ii. Perlu memastikan bayaran yang dibuat adalah mencukupi. [1m]
iii. Membekalkan maklumat kewangan perniagaan yang diperlukan oleh pembiaya. [1m]
4. Pembekal [1m]
i. Bagi memastikan perniagaannya dapat bertahan dan berjalan dengan baik, perlu
ii. menjaga hubungannya dengan pembekal dengan menepati masa darisegi pesanan
atau pun pembayaran. [1m]
iii. perlu menjelaskan bayaran dengan cepat atau segera. [1m]
5. Pelanggan [1m]
i. perlu memberikan layanan yang mesra kepada pelanggan seperti memberikan senyuman, melayan pelanggan dengan baik dan peramah,mempercepatkan pesanan pelanggan dll. [1m]
ii. menjual barang / perkhidmatan pada harga yang berpatutan [1m]
iii. mengeluarkan barang / perkhidmatan yang berkualiti dan selamat digunakan. [1m]
7
6. Peruncit [1m]
i. menawarkan syarat kredit yang munasabah. [1m]
ii. tidak mengeksploitasikan peruncit yang bersaiz kecil dengan mengenakan syarat perniagaan yang ketat. [1m]
7. Pemborong [1m]
i. membekalkan barang niaga secara berterusan supaya bekalan sentiasa mencukupi untuk diagihkan kepada peruncit. [1m]
ii. memotivasikan pemborong seperti memberi elaun pengiklanan, komisen, tawaran istimewa demi meningkatkan kecekapan mereka dalam proses pengagihan. [1m]
[ Pilih mana-mana 5teratas, Fakta Khusus 1m +2 Huraian 2m , 5 x 3m = 15m]
SKEMA JAWAPAN :
2 (b)
a. Lima faktor-faktor yang mendorong francaisi menceburi bidang perniagaan francais
i) Bantuan daripada francaisor – latihan, bimbingan, bekalan stok dll
ii) Modal kecil – pelaburan RM20,000
iii) Galakan kerajaan – bantuan memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan
iv) Mudah ditubuhkan – tidak perlu premis, tidak perlu banyak kerja
v) Imej yang sudah terkenal – perniagaan sudah lama ditubuhkan sejak 1990, terdapat banyak francaisi di merata tempat (60 buah)
vi) Risiko rendah – francaisor sentiasa membantu dan kerap menghubungi untuk mengetahui keadaan francaisi
(Pilih mana-mana 5 teratas, Fakta umum[1 +Huraian[1] mesti kait dgn kes, 2X5=10m)
b. Francais wakil pengedar (1m)
- Francaisi dikehendaki memasarkan barangan francaisor (1), contoh :Takzim Textile membekalkan pelbagai jenis fabrik, produk pakaian siap , barangan hiasan dll (1)
- hak pemasaran berdasarkan kawasan geografi (1), contoh : francais mudah alih terdapat di Johor Bahru, Kuantan, Sarawak, Kedah dan Pulau Pinang.(1)
c. Lima faedah francais kepada francaisi :
i) Mudah ditubuhkan – latihan, bimbingan, bekalan stok dll
ii) Sistematik dan teratur- mempunyai format perniagaan yang tersusun.
iii) Latihan dan bimbingan – kaedah pengurusan dan pemasaran produk
iv) Motivasi kejayaan – francaisor memahami dan sentiasa mengikuti perkembangan francaisi
v) Pembekalan stok – tidak perlu mencari pembekal
8
vi) Imej yang mantap- perniagaannya semakin dikenali ramai
vii) Pelanggan yang setia – pembelian pelanggan yang berterusan
(Pilih mana-mana 5 teratas, Fakta Umum [1]+ Huraian[1] mesti kait dengan kes, 10m)
d. Tiga kelebihan yang diperolehi oleh Takzim textile Sdn. Bhd daripada perniagaan francais ini.
i) Meluaskan pasaran –sasaran 100 francaisi mudah alih di masa akan datang
ii) Menikmati ekonomi bidangan / kos rendah – membekalkan fabrik kepada semua francaisi.
iii) Pendapatan yang tinggi- bilangan francaisi yang ramai, kutipan royalti yang tinggi, permintaan yang meluas.
iv) Tidak perlu mengeluarkan modal – francaisi menyediakan modal sendiri
(Pilih mana-mana 3 teratas, Fakta Umum[1]+Huraian[1] mesti kait dengan kes, 6m)
e. Empat sebab golongan wanita menjadi pilihan sebagai francaisi dalam sistem francais kerana;
i) Wanita merupakan surirumah dan ada masa lapang
ii) Tidak memerlukan pekerja
iii) Pendapatan sampingan bagi golongan wanita
iv) Menyara hidup ibu tunggal
v) Fokus produk untuk sasaran golongan wanita, sesuai dengan golongan wanita sebagai pengedar.
(Pilih mana-mana 4 teratas, Fakta (1m) ayat lengkap dan mesti kait dengan kes)
 Fakta Khusus
i. Fakta mesti dinyatakan dahulu sebelum huraian untuk mendapatkan 2 markah
ii. Huraian ada tetapi tiada fakta khusus , tiada markah diberi.
iii. Jika pelajar menjawab dalam bentuk perenggan, kedudukan fakta khusus dan huraian tidak diambil kira asalkan ada fakta khusus dan huraian
 Fakta Umum –
i. Jika pelajar menerangkan huraian dahulu dan fakta kemudian, boleh beri
markah.
ii. Jika pelajar menerangkan fakta dahulu dan huraian kemudian, juga diterima

No comments:

Post a Comment