Tuesday, May 13, 2014

JAWAPAN TRIAL STPM PGGL 2 TRENGGANU(CGU AZLY)..pandai2 la tgk ye..berterabur sikit

2
STPM 946/2 Bahagian A [50 markah]
Jawab semua soalan.
1 (a) Bagaimanakah pengurus pemasaran sebuah syarikat jualan langsung dapat
menggalakkan pencapaian prestasi terhadap pekerja golongan X dan golongan Y.[6]
Golongan X :
1. Mengenakan kawalan luaran seperti penetapan sasaran minimum
2. Memberi arahan dari semasa ke semasa/ menggunakan kepimpinan autokratik.
3. Menawarkan komisen mengikut pencapaian.
Golongan Y :
1. Menggalakkan kawalan kendiri/ kuasa autonomi dalam menjalankan tugas untuk
mencapai matlamat organisasi.
2. Berikan kepercayaan kepada pekerja mengendalikan tugasan yang lebih banyak
dan mencabar.
3. Melibatkan dalam pembuatan keputusan bersama seperti strategi
pemasaran/Mengamalkan kepimpinan demokratik.
(b) Jelaskan empat sebab mengapa pengurus pengeluaran syarikat elektronik memerlukan
kemahiran teknikal.[4]
1. Menyelia/ memberi panduan pelaksanaan kerja kepada pengurus bawahan dan pekerja
operasi.
2. Menggunakan pengetahuan teknikalnya untuk melatih subordinat (tunjuk ajar)
3. menilai prestasi subordinat mengikut ukuran pencapaian yang sesuai.
4. Memastikan pekerjanya mengikut prosedur pelaksaan kerja yang betul./mengawal
subordinat
5. mengelakkan penipuan (patuh kepada peraturan)
6. dihormati subordinat (tidak memandang rendah keupayaan pengurus)

(c) Bandingkan pemimpin formal dengan pemimpin tidak formal. [6]
Dimensi (1m) Pemimpin formal (1m) Pemimpin tidak formal (1m)
Matlamat
Organisasi
Kumpulan kepentingan
Komunikasi
Hiraki Berselerak (grapevine)
Perlantikan Pengurusan Pemilihan ahli
Jawatan Rasmi Persetujuan ahli
Aktiviti Formal/Kekal Diberi oleh ahli Ahli/Sementara
Kuasa/Autoriti Mengikut
kedudukan/melalui
jawatan/kuasa sah
Kuasa kepakaran/kuasa rujukan
Bidang kuasa Mengikut perundangan dan
peraturan organisasi
Diberi oleh kumpulan

(d) Terdapat beberapa jenis kepimpinan yang boleh diamalkan oleh seseorang
pemimpin.Jelaskan jenis kepimpinan berikut:
(i) Kepimpinan transformasional
(ii) Kepimpinan transactional
[2]
[2]
3

(i) Kepimpinan transformasional
 Pemimpin yang mampu mempengaruhi pekerja melakukan perubahan sikap dan
pemikiran
 Menekankan pencapaian matlamat jangka panjang
 Menyampaikan visi yang jelas kepada para pekerja
 Berkebolehan memotivasikan pekerja untuk bekerja bagi mencapai matlamat
 Percaya sistem komunikasi yang berkesan mampu mencapai matlamat organisasi
 Pemimpin menjadi role model kepada pekerja
(mana-mana 2 fakta = 2m)
(ii) Kepimpinan transactional
 Mengutamakan pencapaian matlamat dengan menawarkan ganjaran positif atau
negatif
 Pekerja diberi arahan, tugasan dan struktur kerja
 Ganjaran diberikan kepada pekerja yang berjaya mencapai matlamat
 Mempunyai kuasa sah agar boleh mempengaruhi pekerja dalam melaksanakan
tugas yang diberikan
 Mengutamakan peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan dlm usaha mencapai
matlamat organisasi.
 Akan mengenakan hukuman jika matlamat tidak tercapai
 Pekerja perlu mematuhi arahan ketua
(mana-mana 2 fakta = 2m)
(e) Huraikan elemen–elemen penting yang ada dalam tindakan penerimaan sesuatu kontrak. [4]
 Sesuatu penerimaan hendaklah jelas, mutlak dan tidak bersyarat
 Penerimaan hendaklah dibuat secara biasa dan munasabah, melainkan jika tawaran itu
menetapkan cara penerimaannya
 Sesuatu penerimaan yang dibuat mestilah dikomunikasikan
 Penerimaan hendaklah dibuat dalam jangka masa yang munasabah
 Sesuatu penerimaan tawaran dianggap lengkap apabila penerima tawaran mengetahui
dan menerimanya.
(mana-mana 4 fakta = 4m)
(f) Jelaskan perkara-perkara yang boleh membatalkan kontrak seperti berikut:
(i) Paksaan
(ii) Pengaruh tak wajar
(iii) Fraud atau penipuan.
[2]
[2]
[2]
(i) Paksaan
 Merujuk kepada sebarang bentuk kekerasan atau ancaman yang boleh
mengancam diri, harta dan keluarga
 Kesannya – sekiranya pihak yang dipaksa memasuki kontrak boleh membuktikan
wujudnya unsur paksaan, kontrak tersebut boleh dibatalkan atas opsyen
(ii) Pengaruh tak wajar / pengaruh tak berpatutan
 Merujuk kepada seseorang / sesuatu pihak yang memasuki kontrak dengan
dipengaruhi oleh kuasa lain
 Contoh pengaruh tak berpatutan: kedua-dua pihak yang memasuki kontrak
mempunyai pertalian saudara
(iii) Fraud atau penipuan.
 Pihak yang memasuki kontrak memang mempunyai niat untuk memperdayakan
pihak yang satu lagi.
4
STPM 946/2 [Lihat sebelah
 Contoh: menyembunyikan fakta sebenar
 menyakinkan pihak lain sesuatu yang tidak benar sebagai benar
(g) Berdasarkan rajah di bawah, jelaskan halangan komunikasi yang mungkin dihadapi oleh
mereka.
[4]
Halangan sosiologikal:
 Halangan berkaitan sosial seperti budaya, perbezaan umur, taraf hidup, dan latar belakang
kehidupan.
 Penerima mesej beranggapan bahawa istilah ‘belon’ merujuk kepada belon panas
sedangkan ianya ialah kapal terbang kepada penyampai.
 Kerana dialek berbeza mengikut daerah atau negeri.
(h) Huraikan taktik perundingan yang berikut:
(i) Red herring
(ii) Trial Ballon
(iii) Good guy, bad guy
[2]
[2]
[2]
(i) Red herring
 Taktik yang digunakan untuk mengalih perhatian pihak perunding daripada satu
isu utama kepada isu sampingan
 Bertujuan mengalih tumpuan daripada isu utama yang ingin dibincangkan
 Taktik untuk mengelirukan lawan terutama apabila permintaan yang melampau
dibuat oleh pihak perunding yang satu lagi
(ii) Trial Ballon
 Taktik yang digunakan untuk menguji komitmen dan perhatian yang diberikan
oleh pihak yang terlibat dalam perundingan
 Satu tindakan untuk melihat respon pihak perunding apabila sesuatu cadangan @
isu diutarakan
 Ianya sebagai satu langkah awal untuk melihat pihak mana yang berani utk
bertindak dahulu bagi mencuba sesuatu yang baru
 Perundingan boleh ditamatkan jika tiada respon yang diterima
Oh! Sangat memenatkan
naik belon dari Sarawak
ke Semenanjung.
Hah!, naik
belon??????????
5
STPM 946/2 [Lihat sebelah
(iii) Good guy, bad guy
 Satu pasukan yang mempunyai karakter baik dan karakter jahat.
 Perundingan dimulakan dengan tindakan jahat (bad guy) yang jahat hingga boleh
menimbulkan kemarahan pihak satu lagi.
 Watak jahat ini menimbulkan ketidakselesaan, ketegangan dan membuat tuntutan
yang tidak munasabah kepada pihak yang satu lagi.
 Watak baik (good guy) memasuki perbincangan seolah-olah membantu pihak
yang satu lagi serta menyebelahi pihak ini
 Perundingan diteruskan dengan good guy berperanan supaya pihak yang satu lagi
bersetuju dgn cadangannya
(i) Senaraikan langkah-langkah dalam pembuatan keputusan rasional. [6]
1. Mengenalpasti masalah
2. Mengutip data
3. Menganalisis data
4. Menjana alternatif
5. Menilai alternatif
6. Memilih alternatif.
(j) Huraikan maksud pembuatan keputusan secara kualitatif dan pembuatan keputusan
secara kuantitatif. Berikan contoh.
[4]
Pembuatan keputusan secara kualitatif
 Kaedah pembuatan keputusan dengan bantuan alat keputusan kualitatif
 Menimbangkan faktor-faktor subjektif
 Membuat keputusan berdasarkan sebab akibat, budi bicara & pengalaman, pengamatan,
tanggapan dll
 Ia memerlukan kebijaksanaan & pengalaman pembuat keputusan
 Pembuat keputusan perlu punyai kreativiti & berinovasi
Pembuatan keputusan kuantitatif
 Membuat keputusan secara objektif
 Menggunakan kaedah pembuatan keputusan dengan bantuan alat kuantitatif spt
pengukuran statistik & persembahan grafik, kaedah nilai kini, pert/cpm, pokok keputusan
dll
 Pembuat keputusan memerlukan pengetahuan menginterpretasikan angka-angka yg
diperolehi dari graf yg dipersembahkan
 Membuat keputusan berdasarkan data dan angka serta maklumat yg telah dianalisis dan
diproses
6
STPM 946/2 [Lihat sebelah
Bahagian B
[50 markah]
Stail Pengurusan Jimmy Choo
2 (a) Nama Jimmy Choo sinonim dengan kasut yang eksklusif dan bergaya. Beliau bukan sahaja
seorang pereka kasut tetapi juga seorang pengurus yang bertanggungjawab membawa jenama Jimmy Choo
melonjak di persada antarabangsa. Dianugerahkan dengan gelaran ‘Datuk’ oleh Sultan Pahang atas
kejayaannya dalam bidang fesyen.
Beliau bertanggungjawab dalam membuat keputusan mengenai arah tuju syarikat beliau iaitu Jimmy Choo
Ltd. Beliau juga yang menubuhkan syarikat beliau sendiri dari hasil titik peluhnya. Sebagai pereka kasut
dan beg tangan, beliau juga bijak memilih saluran komunikasi yang paling berkesan untuk memasarkan
rekaan-rekaan terbarunya. Sebagai seorang tunggak dalam syarikat beliau, Datuk Jimmy Choo akan
melaksanakan tugas yang simbolik iaitu tugas-tugas yang bersifat sosial dan melayan pelanggan.
Contohnya, Jimmy Choo melayan permintaan Puteri Diana secara peribadi untuk mendapat rekaan kasut
yang terbaik mengikut cita rasa Puteri Diana. Oleh itu jugalah Jimmy Choo merupakan pereka kasut yang
diminati oleh Puteri Diana semasa hayatnya di atas stail pengurusan Jimmy Choo yang berorientasikan
pelanggan.
Datuk Jimmy Choo akan mengeluarkan memo mengenai keluaran-keluaran baru butiknya, membuat
promosi, menawarkan diskaun, memberi perkhidmatan yang istimewa dan sebagainya bagi menarik minat
pelanggan. Beliau juga akan mengeluarkan kenyataan di media-media sama ada media massa, media cetak
mahu pun media elektronik mengenai barang keluarannya. Jika terdapat sebarang pertikaian mengenai
barangannya juga, beliau akan mengadakan media konferensi untuk menyelesaikan konflik tersebut.
Datuk Jimmy Choo pernah mendapat anugerah OBE iaitu “Order of the British Empire” daripada
Permaisuri England, Queen Elizabeth II. Dalam sebuah temu ramah, Datuk Jimmy menceritakan dia
membaca perutusan daripada Queen Elizabeth untuk menerima anugerah tersebut sambil tangannya
terketar ketar. Namun, hasil kesungguhan beliau yang selama ini menubuhkan syarikatnya membuat beliau
berkeyakinan untuk menerima anugerah tersebut.
Datuk Jimmy Choo adalah seorang usahawan dan beliau perlu memikirkan apa yang terbaik untuk
syarikatnya, bagaimana untuk mendapatkan pelanggan yang ramai dan cara untuk menjaga kualiti
barangan rekaannya. Beliau juga bertindak sebagai penyelesai gangguan dalam syarikat. Jika ekonomi
merosot beliau akan memikirkan cara-cara untuk mengatasinya. Beliau juga turut berperanan sebagai
pengagih sumber iaitu langkah-langkah untuk membelanjakan sumber ke arah mana sama ada ke bahagian
pemasaran atau pun bahagian pengurusan dan bahagian-bahagian lain. Beliau akan berunding dengan
pihak-pihak luar mengenai cita rasa mereka untuk menghasilkan rekaan yang terbaik. Beliau juga akan
memberi pendapat beliau kepada pelanggannya mengenai kasut yang sesuai dengan pelanggan tersebut.
Kini jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis
dan selebriti di serata dunia. Sepasang kasut wanita dijual sehingga mencecah beribu-ribu US dollar.
[Diubahsuai dari: http://www.usahawan.com,“Kisah Kejayaan Datuk Jimmy Choo”]
Berdasarkan situasi kes di atas,
(i) Terangkan peringkat pengurusan bagi Datuk Jimmy Choo di dalam Jimmy Choo Ltd. [4]
(ii) Berdasarkan jawapan di dalam 2(a)(i) di atas, jelaskan kemahiran pengurusan yang dimiliki
oleh Datuk Jimmy Choo. [16]
(iii) Jelaskan peranan Datuk Jimmy Choo sebagai seorang pengurus mengikut Teori Mintzberg.[15]
(b) Terangkan lima faktor persekitaran yang menjadi punca kepada stres seseorang pekerja. [15]
7
STPM 946/2 [Lihat sebelah
Jawapan:
(i) Peringkat pengurusan bagi Datuk Jimmy Choo di dalam Jimmy Choo Ltd. [4]
Peringkat pengurusan :
Fakta : Pengurusan Atasan
Huraian/Maksud : Terdiri daripada ketua eksekutif, presiden atau pengurus besar yang
menetapkan matlamat dan memastikan ia tercapai mengikut tujuan organisasi.
Kaitan kes:
 Jimmy Choo adalah peneraju/pemilik/pengurus bagi syarikat Jimmy Choo Ltd.
 Jimmy Choo adalah tunggak dalam syarikat Jimmy Choo Ltd.
(ii) Berdasarkan jawapan di dalam 2(a)(i) kemahiran pengurusan yang dimiliki oleh Datuk
Jimmy Choo. [16]
Peringkat Pengurusan dalam 2(a)(i) : Peringkat pengurusan Atasan.
Kemahiran pengurusan yang dimiliki oleh Datuk Jimmy Choo :
1. Kemahiran Konseptual
Definisi :
 Kebolehan melihat perubahan persekitaran organisasi.
 Berupaya berfikir secara abstrak.
 Mampu mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam pelbagai situasi.
 Dapat melihat jauh ke hadapan dan dapat menjangkakan sesuatu yang akan
berlaku pada masa hadapan.
Kaitan kes:
 Jimmy Choo sebagai pengurus yang bertanggungjawab membawa jenama Jimmy
Choo melonjak di persada antarabangsa.
 Jimmy Choo bertanggungjawab dalam membuat keputusan mengenai arah tuju
syarikat.
2. Kemahiran Pembuatan Keputusan
Definisi :
 Keupayaan memilih alternatif terbaik yang membawa kebaikan bagi
menyelesaikan sesuatu masalah atau situasi.
 Mampu membuat pilihan alternatif yang terbaik untuk menyelesaikan masalah
yang berlaku.
Kaitan kes:
 Jimmy Choo sebagai pengurus yang bertanggungjawab membawa jenama Jimmy
Choo melonjak di persada antarabangsa.
 Jimmy Choo bertanggungjawab dalam membuat keputusan mengenai arah tuju
syarikat.
 Jika ekonomi merosot beliau akan memikirkan cara-cara untuk mengatasinya.
 Datuk Jimmy Choo sebagai pengagih sumber untuk membelanjakan sumber ke
arah mana sama ada ke bahagian pemasaran atau pun bahagian pengurusan dan
bahagian-bahagian
8

3. Kemahiran kemanusiaan/antara perorangan
Definisi :
 Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan pelbagai pihak.
 Perantara antara pihak pengurusan dengan pekerja.
 Berkebolehan bekerja dengan orang lain atau secara berpasukan.
Kaitan kes:
 Datuk Jimmy Choo akan mengeluarkan kenyataan di media-media sama ada
media massa, media cetak mahu pun media elektronik mengenai barang
keluarannya
 Jika terdapat sebarang pertikaian mengenai barangannya juga, Datuk Jimmy Choo
akan mengadakan media konferensi untuk menyelesaikan konflik tersebut.
 Datuk Jimmy Choo melayan permintaan Puteri Diana secara peribadi untuk
mendapat rekaan kasut yang terbaik mengikut cita rasa Puteri Diana.
 Datuk Jimmy Choo akan berunding dengan pihak-pihak luar mengenai cita rasa
mereka untuk menghasilkan rekaan yang terbaik.
 Datuk Jimmy Choo akan memberi pendapat beliau kepada pelanggannya
mengenai kasut yang sesuai dengan pelanggan tersebut.
4. Kemahiran Teknikal
Definisi:
 Pengetahuan dan kebolehan seseorang pengurus mengaplikasikan segala teori,
kaedah, teknik dan prosedur dengan sesuai semasa melaksanakan sesuatu tugas.
Kaitan kes:
 Datuk Jimmy Choo adalah seorang pereka fesyen kasut yang eksklusif dan
bergaya.
 Datuk Jimmy Choo boleh mengenal pasti rekaan yang sesuai mengikut cita rasa
pelanggan tertentu.
(iii) Peranan Datuk Jimmy Choo sebagai seorang pengurus mengikut Teori Mintzberg. [15]
1. Peranan sebagi penghubung sesama manusia/interpersonal
Huraian 1:
 Pengurus sebagai Ketua/figurehead/tunggak di dalam sesebuah organisasi.
Kaitan 1:
 Sebagai seorang tunggak dalam syarikat beliau, Datuk Jimmy Choo perlu
melaksanakan tugas yang simbolik iaitu tugas-tugas yang bersifat sosial dan
melayan pelanggan.
 Jimmy Choo melayan permintaan Puteri Diana secara peribadi untuk
mendapat rekaan kasut yang terbaik mengikut cita rasa Puteri Diana.
Huraian 2 :
 Pengurus sebagai pengantara/liaison yang menjadi penghubung atau
pengantara antara pihak syarikat dengan luar syarikat.
Kaitan 2 :
 Jika terdapat sebarang pertikaian mengenai barangan syarikat, Datuk Jimmy
Choo akan mengadakan media konferensi untuk menyelesaikan konflik
tersebut.
9
STPM 946/2 [Lihat sebelah
2. Peranan sebagai komunikator/informational
Huraian 1:
 Peranan pengurus sebagai penyampai/disseminator yang menyebarkan
maklumat dari dalam dan luar organisasi kepada pihak dalaman dan pihak
berkepentingan tentang rancangan organisasi.
Kaitan 1:
 Datuk Jimmy Choo akan mengeluarkan memo mengenai keluaran-keluaran
baru butiknya, membuat promosi, menawarkan diskaun, memberi
perkhidmatan yang istimewa dan sebagainya bagi menarik minat pelanggan.
Huraian 2 :
 Peranan pengurus sebagai jurucakap/spokeperson yang menyampaikan
maklumat kepada pihak di luar organisasi atau pihak berkepentingan.
Kaitan 2:
 Datuk Jimmy Choo akan mengeluarkan kenyataan di media-media sama ada
media massa, media cetak mahu pun media elektronik mengenai barang
keluarannya.
3. Peranan sebagai pembuat keputusan/decisional
Huraian 1:
 Peranan pengurus sebagai seorang usahawan/entrepreneur yang menjadi nadi
penggerak kepada perniagaannya
 Sentiasa peka terhadap persekitaran dalaman dan luaran yang memberikan
peluang dan ancaman serta cara mengatasinya.
Kaitan 1:
 Datuk Jimmy Choo adalah seorang usahawan yang sentiasa memikirkan apa
yang terbaik untuk syarikatnya, bagaimana untuk mendapatkan pelanggan
yang ramai dan cara untuk menjaga kualiti barangan rekaannya.
Huraian 2 :
 Peranan pengurus sebagai pelerai masalah/disturbance handler yang akan
menyelesaikan masalah yang timbul dalam atau luar organisasi.
Kaitan 2 :
 Jika ekonomi merosot Datuk Jimmy Choo akan memikirkan cara-cara untuk
mengatasinya.
Huraian 3 :
 Peranan pengurus sebagai pengagih sumber/resource allocator yang akan
mengagihkan semua sumber yang dimiliki termasuklah kewangan, tenaga
manusia dan sebagainya.
Kaitan 3:
 Datuk Jimmy Choo sentiasa mengambil langkah untuk membelanjakan
sumber ke arah mana sama ada ke bahagian pemasaran atau pun bahagian
pengurusan dan bahagian-bahagian lain.
Huraian 4 :
 Peranan pengurus sebagai perunding/negotiator yang akan mewakili
organisasi dalam perbincangan mengenai perniagaan.
Kaitan 4:
 Datuk Jimmy Choo akan berunding dengan pihak-pihak luar mengenai cita
rasa mereka untuk menghasilkan rekaan yang terbaik.
10
STPM 946/2 [Lihat sebelah
(b) Terangkan lima faktor persekitaran yang menjadi punca kepada stres seseorang pekerja.
[15]
faktor persekitaran yang menjadi punca kepada stres seseorang pekerja.
1. Ketidaktentuan ekonomi
 Ketidaktentuan keadaan ekonomi semasa seperti berlaku kegawatan ekonomi atau
kemerosotan dalam ekonomi akan menyebabkan kemerosotan kepada prestasi
perniagaan.
 Keadaan ini akan menyebabkan sesetengah organisasi yang tidak dapat bertahan
dengan keadaan ekonomi yang merosot akan melakukan pemecatan pekerja
sekaligus menyebabkan pekerja yang berada di dalam organisasi tersebut merasa
tertekan da stres.
2. Ketidakstabilan politik
 Keadaan politik yang tidak stabil seperti berlaku perubahan politik yang kerap
menyebabkan berlaku perubahan dasar, akta dan peraturan yang menimbulkan
pelbagai reaksi kepada masyarakat dan juga golongan pekerja.
 Kemungkinan perubahan-perubahan dasar berkaitan pekerja akan menyebabkan
pekerja merasa tertekan dan stres.
3. Perubahan Teknologi
 Perkembangan teknologi yang pesat menyebabkan sesetengah organisasi akan cuba
menggunakan teknologi baru tersebut di dalam organisasi.
 Perubahan teknologi ini menyebabkan pekerja perlu menguasai ilmu yang baru
yang mungkin lebih sukar berbanding penggunaan teknologi yang sebelum itu.
 Pekerja yang sukar menerima perubahan ini akan merasa tertekan dan stres.
 Di samping itu pekerja juga merasakan bahawa perkhidmatan mereka mungkin
tidak diperlukan lagi apabila organisasi telah menggunakan teknologi yang baru yang
boleh menggantikan tenaga fizikal manusia seterusnya menyebabkan mereka
merasa lebih tertekan.
4. Keluarga dan saudara-mara
 Faktor keluarga dan juga saudara mara yang terlalu bergantung kepada rezeki yang
dicari oleh pekerja itu sendiri menyebabkan pekerja merasa stres dan banyak
tanggungjawab yang terpaksa dipikul.
 Berlaku perkara-perkara mengejutkan di dalam keluarga seperti kematian,
kemalangan dan sebagainya juga boleh menjadi punca pekerja hilang fokus dan
stres.
5. Sosiobudaya
 Faktor sosiobudaya yang kurang baik seperti pergaulan bebas, kelakuan ganas
remaja, kehadiran buruh asing yang mengganggu ketenteraman juga mengganggu
perasaan pekerja terutama pekerja wanita yang diganggu semasa pergi kerja dan
sebagainya.

No comments:

Post a Comment