BAHAGIAN A
[50 markah]
Jawab semua soalan.
1 (a) Jelaskan empat peranan perniagaan
kepada pengguna. [4]
(b) Nyatakan enam peranan sektor awam
yang dapat menjana perkembangan dan kejayaan
sesebuah
organisasi perniagaan. [6]
(c) Jelaskan pendekatan kawalan kualiti
sepanjang sistem pengeluaran. [6]
(d) Nyatakan empat prinsip dalam Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)
[4]
(e) Jelaskan empat sebab sesebuah
organisasi perniagaan perlu melaksanakan penyelidikan
pemasaran. [4]
(f) Jelaskan empat faktor yang
mempengaruhi gelagat pengguna dalam pembuatan keputusan
pembelian
sesuatu produk. [4]
(g) Analisis SWOT dilakukan bagi memahami
situasi sesebuah organisasi. Jelaskan. [4]
(h) Jelaskan masalah yang sering dikaitkan
dengan pelaksanaan tindakan disiplin ke atas
pekerja
dalam sesebuah organisasi. [6]
(i) Nyatakan masalah dari aspek penilaian individu
semasa membuat penilaian prestasi
pekerja. [6]
(j) Jelaskan tiga ciri penilaian prestasi
yang berkesan. [6]
Bahagian B [50
markah]
Jawab Semua
soalan.
2 a) Dengan merujuk perniagaan di Malaysia,
jelaskan kepentingan perniagaan kepada pihak yang berkepentingan. [12]
b) Syarikat Mercu Jaya Berhad mengunjurkan
untuk meraih keuntungan sebanyak RM10 juta setahun menerusi pengenalan beberapa
pengenalan produk makanan segera terbaharu
di pasaran tempatan dan luar negara beberapa tahun akan datang. Ketua Eksekutif syarikat tersebut iaitu, Tan Sri Mokhtar berkeyakinan bahawa makanan
segera, iaitu mi goring dan kuih muih yang dihasilkan khusus untuk memenuhi
keperluan pengembara dan individu yang sentiasa sibuk tetapi mahu menikmati
makanan segar, akan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Produk
baharu makanan segera yang dihasilkan merupakan produk pertama yang dikeluarkan
di pasaran hasil penyelidikan oleh unit penyelidikan Syarikat Mercu Jaya Berhad
bagi memenuhi permintaan pasaran dan perubahan gaya hidup masyarakat pada masa
kini. Selain pasaran tempatan, produk
tersebut akan dipasarkan di Negara Indonesia secepat mungkin. Kajian yang dijalankan mendapati permintaan
produk makanan segera adalah tinggi di negara tersebut terutama dalam kalangan
masyarakat bandar.
Untuk
mendapat liputan meluas, Tan Sri Mokhtar telah melancarkan produk tersebut
sempena ‘ ekspo Beli Barangan Buatan Malaysia’.di Kuala Lumpur yang berlangsung
selama seminggu. Produk makanan segera
tersebut akan dijual di semua pasar raya besar dan rantaian jualan runcit di
seluruh negara. Pada peringkat awal,
sukar untuk menganggarkan keseluruhan rantaian runcit yang akan mengedarkan
produk tersebut, tetapi sebanyak 100 cawangan telah menyatakan persetujuan
untuk menjualnya di seluruh negara.
Produk
makanan segera boleh terus dimakan dan untuk menikmatinya dengan cara yang
lebih menyelerakan, pengguna dicadangkan untuk memanaskan makanan tersebut
dengan merendamnya di dalam air suam atau digoreng. Proses ini akan mengambil masa selama lima
minit. Penghasilan makanan segera dengan
menggunakan bahan makanan yang berkualiti termasuklah tepungdan rempah yang
ditempah khas bagi tujuan menghasilkan makanan segera yang terbaik. Produk ini mempunyai tempoh ketahanan
sehingga 1 tahun, namun jika bungkusan makanan ini telah dibuka ia perlu
dimakan dengan segera.
Tan
Sri Mokhtar memberi jaminan bahawa produk tersebut halal dimakan oleh penganut
agama Islam. Selain itu, produktersebut
juga dijamin selamat untuk dimakan dan tidak akan menjejaskan kesihatan
pengguna kerana ia dihasilkan tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet dan
bahan tiruan. Setiap bungkusan dijual
pada harga yang berdaya saing dengan produk makanan segera yang yang telah ada
dalam pasaran.
Untuk
memastikan kejayaan dalam perniagaan ini, Syarikat Mercu Jaya Berhad telah
melantik anda sebagai pengurus operasi.
Antara tugas anda ialah untuk memastikan produk baharu yang dihasilkan
mencapai kejayaan sebagaimana yang dirancang.
i)
Jelaskan aktiviti
perniagaan yang berkaitan yang perlu dipertimbangkan oleh Syarikat Mercu Jaya
Berhad bagi memastikan kejayaan dalam perniagaan makanan segera yang diceburi
syarikat ini. [18]
ii)
Kenalpasti dan huraikan
tahap perniagaan yang terlibat dalam menjalankan perniagaan tersebut. [20]
SKEMA CADANGAN:
1 (a) Jelaskan empat peranan perniagaan
kepada pengguna. [4]
Empat
peranan perniagaan kepada pengguna ialah;
·
Menghasilkan barang dan
perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
·
Mengagih dan
mengedarkan barang dan perkhidmatan supaya sampai kepada pengguna pada harga
berpatutan, dalam kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna dan pada masa yang
tepat
·
Menyediakan barangan
yang berkualiti, bernilai tinggi dan selamat digunakan oleh pengguna
·
Memastikan barang dan
perkhidmatan yang disediakan sentiasa mencukupi bagi menampung keperluan
pengguna
·
Memastikan harga yang
dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan adalah berpatutan dan mampu dibayar
oleh pengguna
·
Menyediakan barang dan
perkhidmatan yang pelbagai agar pengguna dapat membuat pilihan yang bijak
[pilih mana-mana
empat 4 x 1= 4m]
(b) Nyatakan enam peranan sektor awam
yang dapat menjana perkembangan dan kejayaan
sesebuah
organisasi perniagaan. [6]
Enam peranan
sektor awam yang dapat menjana perkembangan dan kejayaan sesebuah
organisasi
perniagaan ialah;
·
Menggubal dasar dan
peraturan serta undang-undang yang dapat menggalakkan pembangunan sektor
swasta.
·
Memastikan peraturan
dan undang-undang dipatuhi oleh organisasi perniagaaan.
·
Mengeluarkan lesen dan
permit kepada organisasi perniagaan supaya mereka dapat beroperasi secara sah.
·
Menyediakan kemudahan
awam untuk organisasi perniagaan dan masyarakat tempatan.
·
Menyediakan tenaga
kerja mahir dalam pelbagai bidang basgi membangunkan aktiviti perniagaan.
·
Menggalakkan
pertumbuhan sektor ekonomi penting di dalam negara melalui pemberian insentif
tertentu.
·
Menjadi penyokong dan
pendorong kepada sektor swasta.
·
Menyediakan khidmat
nasihat dan rundingan untuk organisasi perniagaan yang memerlukan.
[pilih mana-mana
enam; 6 x 1m= 6m]
(c) Jelaskan pendekatan kawalan kualiti
sepanjang sistem pengeluaran. [6]
Pendekatan
Kawalan Kualiti meliputi;
·
Kawalan input (1m) –
kawalan pada peringkat awal sistem pengeluaran yang melibatkan input seperti
bahan mentah, tenaga kerja, komponen dan bekalan daripada pembekal perlu
mencapai standard kualiti tertentu sebelum proses transformasi.
- Input
perlu diperiksa untuk memastikan spesifikasi dipatuhi
sebelum ke peringkat seterusnya. (1m)
·
Kawalan proses
transformasi/kawalan semasa (1m) – berlaku semasa proses transformasi, di mana
kualiti input yang mengalami transformasi atau barang separuh siap perlu
dinilai untuk menentukan sama ada proses transformasi beroperasi seperti yang
diharapkan.
-
Usaha pemantauan dibuat agar tindakan pembetulan
dapat diambil sekiranya perlu sebelum terlambat. (1m)
·
Kawalan output (1m) –
produk akhir dinilai dan ditentukan sama ada ia memenuhi jangkaan atau kehendak
pelanggan. (1m) [F = 1, H = 1; 2 x 3 = 6m]
(d) Nyatakan empat prinsip dalam Pengurusan Kuasliti Menyeluruh
(TQM) [4]
Empat
prinsip dalam Pengurusan Kualiti
Menyeluruh (TQM) ialah;
·
Penumpuan pada aspek
produk, proses dan manusia
·
Satu proses yang berterusan
·
Penglibatan seluruh
organisasi
·
Penekanan pada
pelanggan
·
Pendekatan kerja
berpasukan
·
Pencegahan dan
penambahbaikan secara berterusan
[pilih mana-mana empat ; 4 x 1= 4m]
(e) Jelaskan empat sebab sesebuah
organisasi perniagaan perlu melaksanakan penyelidikan
pemasaran. [4]
Empat sebab
sesebuah organisasi perniagaan perlu melaksanakan penyelidikan pemasaran;
·
Tekanan persaingan –
perlu membentuk dan memasarkan produk baru
·
Meluaskan pasaran –
memerlukan maklumat tentang amalan dan budaya pengguna
di negara lain.
·
Kos pemasaran yang
tinggi – perlu membuat analisis tentang skop persaingan
pasaran
dan kehendak bakal pengguna bagi
mengelakkan
kegagalan.
·
Mendapatkan maklum
balas daripada pengguna – mengetahui tahap kepuasan
pengguna terhadap produk sedia ada dan
jangkaan
penerimaan terhadap produk baru.
·
Meningkatkan keuntungan
syarikat - mengeluarkan produk yang
dapat memberikan
nilai
jualan yang tinggi.
·
Meningkatkan daya saing
dalam pasaran - maklumat tentang cadangan
penambahbaikan
pada produk sedia ada membolehkan
produk
yang lebih berdaya saing dikeluarkan.
[pilih mana-mana
empat; 4 x 1 = 4m]
(f) Jelaskan empat faktor yang
mempengaruhi gelagat pengguna dalam pembuatan keputusan
pembelian
sesuatu produk. [4]
Empat
faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna dalam pembuatan keputusan
pembelian
sesuatu produk ;
·
Faktor demografi –
umur, pendidikan, bangsa, jantina
·
Faktor psikografi –
kebudayaan, kelas sosial, kumpulan rujukan, gaya hidup
·
Faktor psikologi –
motivasi, pengalaman, personaliti, sikap
·
Faktor situasi – masa
pembelian, perasaan semasa membeli, tujuan pembelian dan
cara pembelian
·
Faktor campuran
pemasaran – produk, harga, pengedaran, promosi
[pilih mana-mana
empat; [4 x 1 = 4m]
(g) Analisis SWOT dilakukan bagi memahami
situasi sesebuah organisasi. Jelaskan. [4]
Analisis
SWOT ;
·
Strengths
(Kekuatan) – Faktor dalaman yang
membantu pencapaian objektif
organisasi.
·
Weaknesses
(Kelemahan) – Faktor dalaman yang
membawa kemudaratan atau
kekangan pada pencapaian objektif organisasi.
·
Opportunities
(Peluang) – Faktor luaran yang
membantu dan memberi kesan positif pada
pencapaian objektif organisasi.
·
Threats (Ancaman)
– Faktor luaran organisasi yang membantutkan dan memberi
kesan negatif pada pencapaian objektif
organisasi.
[4
x 1 = 4m]
(h) Jelaskan masalah yang sering dikaitkan
dengan pelaksanaan tindakan disiplin ke atas
pekerja dalam sesebuah organisasi. [6]
Masalah yang
sering dikaitkan dengan pelaksanaan tindakan disiplin ke atas pekerja dalam
sesebuah organisasi;
·
Kekurangan maklumat /
pengetahuan / kemahiran - pengurus tidak
mengetahui prosedur yang betul untuk melaksanakan tindakan disiplin /
kekurangan pengetahuan dan kemahiran untuk menangani isu disiplin
·
Sukar mengumpul bukti –
mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan kes disiplin
·
Perasaan bersalah –
pengurus merasakan kesilapan pekerjanya berpunca daripada kelemahan gaya
pengurusannya
·
Tindakan mahkamah –
menghadapi risiko didakwa oleh pekerja jika tindakan disiplin gagal
dilaksanakan mengikut peraturan
·
Ketiadaan dokumentasi –
pengurus tidak menyimpan rekod yang sistematik tentang masalah prestasi /
kesilapan pekerja yang lalu
·
Hubungan interpersonal
– bimbang pelaksanaan tindakan disiplin akan menjejaskan hubungan baik dengan
pekerjanya
·
Ancaman terhadap diri
dan keluarganya – takut terhadap kemungkinan pekerja akan membalas dendam dengan
mengancam keselamatan diri dan keluarga
·
Unsur bias / berat
sebelah – tindakan pengurus mungkin dipengaruhi oleh unsur prejudis atau
bersifat melindungi pekerja lain.
[pilih mana-mana enam; 6 x 1 = 6m]
(i) Nyatakan masalah dari aspek penilaian individu semasa
membuat penilaian prestasi
pekerja. [6]
Masalah dari
aspek penilaian individu semasa membuat penilaian prestasi pekerja;
·
Penilaian bersifat
subjektif
·
Kecenderungan membuat
penilaian dari perspektif yang berlainan kesan perbezaan jantina, budaya dan
lain-lain
·
Hasil pemerhatian yang
kurang tepat
·
Kegagalan membuat
penilaian secara berterusan dan konsisten
·
Penilaian bersifat
berat sebelah akibat unsur prejudis atau salah faham
·
Kecenderungan
menyembunyikan perkara –perkara tertentu semasa penilaian untuk menjaga hati
pekerja
·
Daya ingatan yang
kurang baik menyebabkan penilai hanya mengingati perkara / kejadian yang baru
berlaku.
[pilih mana-mana
enam; 6 x 1 = 6m]
(j) Jelaskan tiga ciri penilaian prestasi
yang berkesan. [6]
Tiga
ciri penilaian prestasi yang berkesan;
·
Dilakukan secara
berterusan – dijalankan sepanjang masa dan bukan hanya pada
akhir
tahun.
-
dapat mempertingkatkan ketepatan dan
kebolehpercayaan.
·
Dilakukan berdasarkan spesifikasi
dalam huraian kerja – berpandukan kepada bidang
tugas
yang telah diamanahkan supaya adil dan berkesan
·
Adil dan saksama –
proses penilaian tidak dipertikaikan oleh pekerja dan
menimbulkan
ketidakpuasan dalam kalangan pekerja.
·
Menggunakan kaedah yang
sistematik – penilai mesti mengetahui aspek yang dinilai
dan menggunakan teknik penilaiana yang betul
·
Menghasilkan
perbandingan yang tepat – perbandingan dapat dibuat dengan mudah
dan
konsisten antara seorang pekerja dengan pekerja
yang lain dalam jabatan yang sama
- Perbandingan juga dapat dibuat antara
pekerja
dalam satu jabatan dengan pekerja dalam
jabatan
lain
[pilih mana-mana
tiga; 3 x 2 = 6m]
Bahagian
B
2 a)
Kepentingan perniagaan kepada pihak berkepentingan ;
-
Pelanggan [1]
Ialah Individu yg membeli produk yg dikeluarkan [1] dan
kepentingan perniagaan kepada pelanggan ialah memperoleh pelbagai pilihan
produk yg dikeluarkan di samping harga yg berpatutan dan kualiti yg tinggi.[1]
-
Pembekal [1]
Ialah pihak yg membekalkan input pengeluaran kepada peniaga[1]
dan kepentingan perniagaan kepada pembekal ialah dapat membekalkan input kepada
peniaga dan memperoleh keuntungan melalui aktiviti perbekalan tersebut.[1]
-
Pembiaya [1]
Ialah pihak yg meminjamkan modal modal kewangan kepada
perniagaan [1] dan kepentingan perniagaan kepada pembiaya ialah membolehkan
pembiaya membiayai perniagaan dan memperoleh pendapatan dalam bentuk keuntungan
dan faedah berdasarkan modal yg dipinjamkan. [1]
-
Pekerja [1]
Ialah yg menyumbangkan tenaga fizikal atau mental kpd
perniagaan [1]. Kepentingan perniagaan
kepada pekerja ialah memperoleh pendapatan (gaji @ upah) dan dapat meningkatkan
taraf hidup pekerja. [1]
-
Pesaing [1]
Ialah syarikat atau perniagaan lain yang mengeluarkan produk yang
sama dengan perniagaan yang dijalankan. [1]
Kepentingan perniagaan kepada pesaing ialah dapat organisasi mencari
kaedah terbaik untuk meningkatkan kualiti produk yang dikeluarkan @
menggalakkan inovasi.[1]
[mana-mana
4 x 3 = 12m]
b) i. Jenis aktiviti perniagaan yang
berkaitan ialah :
·
Ekstraktif[1]
- melibatkan
pengeluaran bahan mentah dari perut bumi. bahan
mentah yang diperlukan ialah gandum, keledek, kentang dan jagung untuk
menghasilkan pelbagai jenis kuih muih dan mi.[1]
·
Barangan pengguna (konsumer)[1]
-
Merujuk kepada
perniagaan yg terlibat dalam pengeluaran barang kegunaan isi rumah.
-
Mi goreng dan kuih
boleh dimakan terus oleh pengguna isi rumah.[1]
·
Peruncitan[1]
-
Perniagaan yg terlibat
dalam aktiviti runcit lazimnya mendapatkan bekalan barangan daripada pemborong
utk dijual kpd pengguna.[1]
-
Sykt Mercu Jaya Berhad
memasarkan mi goreng dan kuih muih segera di rantaian kedai runcit dalam negara
dan di Indonesia[1].
·
Pemborongan
-
Perniagaan borong
membeli barang secara pukal daripada pengeluar dan mengagihkan barang dalam
kuantiti lebih kecilkepada peruncit atau pelanggan.[1]
-
Sykt Mercu jaya Berhad
mengedarkan dan memasarkan mi goreng dan kuih muih kepada pemborong yg dilantik
di dalam negara dan di Indonesia.[1]
·
Kewangan[1]
-
Perniagaan yg terlibat
dalam aktiviti kewangan menawarkan perkhidmatan kewangan kepada pengguna.[1]
-
Sykt Mercu Jaya
memerlukan sumber kewangan untuk membiayai perniagaan yang boleh diperolehi
daripada pemegang saham sebagai pemodal dan pihak bank.[1]
·
Profesional[1]
-
Perniagaan yg terlibat
dalam aktiviti professional menawarkan perkhdmatan yang khusus.[1]
-
Sykt Mercu Jaya
memerlukan tenaga pakar dalam bidang pemakanan bagi menjalankan kajian untuk
menghasilkan makanan segera yang memenuhi citarasa pengguna.[1]
[6 x 3 = 18m]
ii. Tahap
perniagaan yang terlibat ialah :
·
Tahap primer[1]
-
melibatkan
pengekstrakan sumber semulajadi dan bahan mentah dari perut bumi tanpa mengubah
bentuk asal.[1]
-
Aktiviti memperoleh gandum daripada pokok
gandum, ubi dan kentang daripada akativiti menggali ubi dan kentang di ladang
adalah aktiviti di tahap primer.[1]
·
Tahap sekunder[1]
-
Melibatkan pemprosesan bahan
mentah untukmenghasilkan barang siap atau separuh siap.[1]
-
Cth aktiviti memotong,
mengisar gandum dan kentang sebagai barang separuh siap untuk menghasilkan mi
goreng[1]
·
Tahap tertier[1]
-
Merujuk kepada
perniagaan produk tidak ketara @ perkhidmatan yg tidak perlu diproses lagi.[1]
-
Cth : Sykt Mercu Jaya
Berhad memasarkan makanan segera di dalam negara dan di Indonesia.[1]
·
Tahap huluan [1]
-
Perniagaan barangan
asas yang diperlukan untuk menghasilkan produk siap atau separa siap.[1]
-
Cth: Industri
perladangan gandum, ubi dan kentang membekalkan bahan asas yg diusahakan oleh
Sykt Mercu Jaya Berhad[1]
·
Tahap Hiliran[1]
-
Merupakan perniagaan yg
wujud disebabkan aktiviti yg dijalankan oleh perniagaan huluan[1]
-
Aktiviti perniagaan
huluan iaitu perladangan telah mewujudkan Sykt Mercu Jaya menghasilkan makanan
segera.[1]
·
Tahap Domestik[1]
-
Merupakan perniagaan
yang menjalankan aktiviti di peringkat tempatan.[1]
-
Sykt Mercu Jaya Berhad
memasarkan produk makanan segera di 100 buah kedai dalam negara.[1]
·
Tahap Antarabangsa[1]
-
Merupakan perniagaan yg
menjalanka aktiviti perdagangan dengan negara lain.[1]
-
Syarikat Mercu Jaya
Berhad bercadang mengeksport produk makanan segera di Indonesia terutama di
kawasan bBandar.[1]
[7 x 3 = 21m, maksima = 20]
Salam, soalan ni mmg contoh or soalan past years?
ReplyDeletewasalam..sori lambt reply..contoh soalan percubaan tahun lepas sahaja untuk rujukan pelajar2 saya
ReplyDeleteMOHON SHARE YER...TRIMA KASIH
ReplyDeleteok, sama2
DeleteIANYA SANGAT MEMBANTU.. TQVM
ReplyDeleteAda tak contoh soalan bagi tajuk bajet tunai? Bab 4 kewangan penggal 1??
ReplyDeleteTerima kasih, sangat membantu untuk pelajar hehe
ReplyDelete