Monday, May 26, 2014

CONTOH SOALAN PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 1 STPM

BAHAGIAN A
[50 markah]

Jawab semua soalan.
1   (a)   Jelaskan empat peranan perniagaan kepada pengguna.                                                         [4]
     (b)   Nyatakan enam peranan sektor awam yang dapat menjana perkembangan dan kejayaan
             sesebuah organisasi perniagaan.                                                                                             [6]
     (c)   Jelaskan pendekatan kawalan kualiti sepanjang sistem pengeluaran.                         [6]
     (d)   Nyatakan empat prinsip  dalam Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)                             [4]
     (e)   Jelaskan empat sebab sesebuah organisasi perniagaan perlu melaksanakan penyelidikan
            pemasaran.                                                                                                                              [4]
     (f)   Jelaskan empat faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna dalam pembuatan keputusan
            pembelian sesuatu produk.                                                                                                      [4]
     (g)   Analisis SWOT dilakukan bagi memahami situasi sesebuah organisasi.  Jelaskan.    [4]
     (h)   Jelaskan masalah yang sering dikaitkan dengan pelaksanaan tindakan disiplin ke atas 
             pekerja dalam sesebuah organisasi.                                                                                        [6]
     (i)    Nyatakan masalah dari aspek penilaian individu semasa membuat penilaian prestasi
             pekerja.                                                                                                                                   [6]
    (j)   Jelaskan tiga ciri penilaian prestasi yang berkesan.                                                                  [6]

Bahagian B [50 markah]
Jawab Semua soalan.

2          a)         Dengan merujuk perniagaan di Malaysia, jelaskan kepentingan perniagaan kepada pihak yang berkepentingan. [12]

            b)         Syarikat Mercu Jaya Berhad mengunjurkan untuk meraih keuntungan sebanyak RM10 juta setahun menerusi pengenalan beberapa pengenalan produk makanan segera terbaharu  di pasaran tempatan dan luar negara beberapa tahun akan datang.   Ketua Eksekutif syarikat  tersebut iaitu,  Tan Sri Mokhtar berkeyakinan bahawa makanan segera, iaitu mi goring dan kuih muih yang dihasilkan khusus untuk memenuhi keperluan pengembara dan individu yang sentiasa sibuk tetapi mahu menikmati makanan segar, akan mendapat sambutan yang menggalakkan.
            Produk baharu makanan segera yang dihasilkan merupakan produk pertama yang dikeluarkan di pasaran hasil penyelidikan oleh unit penyelidikan Syarikat Mercu Jaya Berhad bagi memenuhi permintaan pasaran dan perubahan gaya hidup masyarakat pada masa kini.  Selain pasaran tempatan, produk tersebut akan dipasarkan di Negara Indonesia secepat mungkin.  Kajian yang dijalankan mendapati permintaan produk makanan segera adalah tinggi di negara tersebut terutama dalam kalangan masyarakat bandar. 
            Untuk mendapat liputan meluas, Tan Sri Mokhtar telah melancarkan produk tersebut sempena ‘ ekspo Beli Barangan Buatan Malaysia’.di Kuala Lumpur yang berlangsung selama seminggu.  Produk makanan segera tersebut akan dijual di semua pasar raya besar dan rantaian jualan runcit di seluruh negara.  Pada peringkat awal, sukar untuk menganggarkan keseluruhan rantaian runcit yang akan mengedarkan produk tersebut, tetapi sebanyak 100 cawangan telah menyatakan persetujuan untuk menjualnya di seluruh negara.
            Produk makanan segera boleh terus dimakan dan untuk menikmatinya dengan cara yang lebih menyelerakan, pengguna dicadangkan untuk memanaskan makanan tersebut dengan merendamnya di dalam air suam atau digoreng.  Proses ini akan mengambil masa selama lima minit.  Penghasilan makanan segera dengan menggunakan bahan makanan yang berkualiti termasuklah tepungdan rempah yang ditempah khas bagi tujuan menghasilkan makanan segera yang terbaik.  Produk ini mempunyai tempoh ketahanan sehingga 1 tahun, namun jika bungkusan makanan ini telah dibuka ia perlu dimakan dengan segera.
            Tan Sri Mokhtar memberi jaminan bahawa produk tersebut halal dimakan oleh penganut agama Islam.  Selain itu, produktersebut juga dijamin selamat untuk dimakan dan tidak akan menjejaskan kesihatan pengguna kerana ia dihasilkan tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet dan bahan tiruan.  Setiap bungkusan dijual pada harga yang berdaya saing dengan produk makanan segera yang yang telah ada dalam pasaran.
            Untuk memastikan kejayaan dalam perniagaan ini, Syarikat Mercu Jaya Berhad telah melantik anda sebagai pengurus operasi.  Antara tugas anda ialah untuk memastikan produk baharu yang dihasilkan mencapai kejayaan sebagaimana yang dirancang.

i)                    Jelaskan aktiviti perniagaan yang berkaitan yang perlu dipertimbangkan oleh Syarikat Mercu Jaya Berhad bagi memastikan kejayaan dalam perniagaan makanan segera yang diceburi syarikat ini. [18]
ii)                  Kenalpasti dan huraikan tahap perniagaan yang terlibat dalam menjalankan perniagaan tersebut. [20]









SKEMA CADANGAN:

1   (a)   Jelaskan empat peranan perniagaan kepada pengguna.                                                         [4]
            Empat peranan perniagaan kepada pengguna ialah;
·         Menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
·         Mengagih dan mengedarkan barang dan perkhidmatan supaya sampai kepada pengguna pada harga berpatutan, dalam kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna dan pada masa yang tepat
·         Menyediakan barangan yang berkualiti, bernilai tinggi dan selamat digunakan oleh pengguna
·         Memastikan barang dan perkhidmatan yang disediakan sentiasa mencukupi bagi menampung keperluan pengguna
·         Memastikan harga yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan adalah berpatutan dan mampu dibayar oleh pengguna
·         Menyediakan barang dan perkhidmatan yang pelbagai agar pengguna dapat membuat pilihan yang bijak
       [pilih mana-mana empat 4 x 1= 4m]

     (b)   Nyatakan enam peranan sektor awam yang dapat menjana perkembangan dan kejayaan
             sesebuah organisasi perniagaan.                                                                                             [6]
            Enam peranan sektor awam yang dapat menjana perkembangan dan kejayaan sesebuah
            organisasi perniagaan ialah;
·         Menggubal dasar dan peraturan serta undang-undang yang dapat menggalakkan pembangunan sektor swasta.
·         Memastikan peraturan dan undang-undang dipatuhi oleh organisasi perniagaaan.
·         Mengeluarkan lesen dan permit kepada organisasi perniagaan supaya mereka dapat beroperasi secara sah.
·         Menyediakan kemudahan awam untuk organisasi perniagaan dan masyarakat tempatan.
·         Menyediakan tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang basgi membangunkan aktiviti perniagaan.
·         Menggalakkan pertumbuhan sektor ekonomi penting di dalam negara melalui pemberian insentif tertentu.
·         Menjadi penyokong dan pendorong kepada sektor swasta.
·         Menyediakan khidmat nasihat dan rundingan untuk organisasi perniagaan yang memerlukan.
   [pilih mana-mana enam; 6 x 1m= 6m]

     (c)   Jelaskan pendekatan kawalan kualiti sepanjang sistem pengeluaran.                         [6]
            Pendekatan Kawalan Kualiti meliputi;
·         Kawalan input (1m) – kawalan pada peringkat awal sistem pengeluaran yang melibatkan input seperti bahan mentah, tenaga kerja, komponen dan bekalan daripada pembekal perlu mencapai standard kualiti tertentu sebelum proses transformasi.
 -  Input perlu diperiksa untuk memastikan spesifikasi dipatuhi
sebelum ke peringkat seterusnya. (1m)
·         Kawalan proses transformasi/kawalan semasa (1m) – berlaku semasa proses transformasi, di mana kualiti input yang mengalami transformasi atau barang separuh siap perlu dinilai untuk menentukan sama ada proses transformasi beroperasi seperti yang diharapkan.
-  Usaha pemantauan dibuat agar tindakan pembetulan
dapat diambil sekiranya perlu sebelum terlambat. (1m)
·         Kawalan output (1m) – produk akhir dinilai dan ditentukan sama ada ia memenuhi jangkaan atau kehendak pelanggan. (1m)                  [F = 1, H = 1; 2 x 3 = 6m]

     (d)   Nyatakan empat prinsip  dalam Pengurusan Kuasliti Menyeluruh (TQM)               [4]
            Empat prinsip  dalam Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) ialah;
·         Penumpuan pada aspek produk, proses dan manusia
·         Satu proses yang berterusan
·         Penglibatan seluruh organisasi
·         Penekanan pada pelanggan
·         Pendekatan kerja berpasukan
·         Pencegahan dan penambahbaikan secara berterusan
[pilih mana-mana empat ; 4 x 1= 4m]


   







 (e)   Jelaskan empat sebab sesebuah organisasi perniagaan perlu melaksanakan penyelidikan
         pemasaran.                                                                                                                                 [4]
            Empat sebab sesebuah organisasi perniagaan perlu melaksanakan penyelidikan pemasaran;
·         Tekanan persaingan – perlu membentuk dan memasarkan produk baru
·         Meluaskan pasaran – memerlukan maklumat tentang amalan dan budaya pengguna
di negara lain.
·         Kos pemasaran yang tinggi – perlu membuat analisis tentang skop persaingan
                                                pasaran dan kehendak bakal pengguna bagi
mengelakkan kegagalan.
·         Mendapatkan maklum balas daripada pengguna – mengetahui tahap kepuasan
                                                 pengguna terhadap produk sedia ada dan jangkaan
                                                 penerimaan terhadap produk baru.
·         Meningkatkan keuntungan syarikat -  mengeluarkan produk yang dapat memberikan
                                                nilai jualan yang tinggi.
·         Meningkatkan daya saing dalam pasaran - maklumat tentang cadangan  
                                                penambahbaikan pada produk sedia ada membolehkan
                                                produk yang lebih berdaya saing dikeluarkan.
      [pilih mana-mana empat; 4 x 1 = 4m]


     (f)   Jelaskan empat faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna dalam pembuatan keputusan
            pembelian sesuatu produk.                                                                                                      [4]
            Empat faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna dalam pembuatan keputusan  
            pembelian sesuatu produk  ;
·         Faktor demografi – umur, pendidikan, bangsa, jantina
·         Faktor psikografi – kebudayaan, kelas sosial, kumpulan rujukan, gaya hidup
·         Faktor psikologi – motivasi, pengalaman, personaliti, sikap
·         Faktor situasi – masa pembelian, perasaan semasa membeli, tujuan pembelian  dan
                          cara pembelian
·         Faktor campuran pemasaran – produk, harga, pengedaran, promosi
[pilih mana-mana empat; [4 x 1 = 4m]


    



     (g)   Analisis SWOT dilakukan bagi memahami situasi sesebuah organisasi.  Jelaskan.    [4]
            Analisis SWOT ;
·         Strengths (Kekuatan) – Faktor dalaman yang membantu pencapaian objektif
                                          organisasi.
·         Weaknesses (Kelemahan) – Faktor dalaman yang membawa kemudaratan atau
      kekangan pada pencapaian objektif organisasi.
·         Opportunities (Peluang) – Faktor luaran yang membantu dan memberi kesan positif  pada pencapaian objektif organisasi.
·         Threats (Ancaman) – Faktor luaran organisasi yang membantutkan dan memberi
      kesan negatif pada pencapaian objektif organisasi.
                                                 [4 x 1 = 4m]

     (h)   Jelaskan masalah yang sering dikaitkan dengan pelaksanaan tindakan disiplin ke atas 
             pekerja dalam sesebuah organisasi.                                                                                        [6]
            Masalah yang sering dikaitkan dengan pelaksanaan tindakan disiplin ke atas  pekerja dalam
            sesebuah organisasi;
·         Kekurangan maklumat / pengetahuan / kemahiran  - pengurus tidak mengetahui prosedur yang betul untuk melaksanakan tindakan disiplin / kekurangan pengetahuan dan kemahiran untuk menangani isu disiplin
·         Sukar mengumpul bukti – mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan kes disiplin
·         Perasaan bersalah – pengurus merasakan kesilapan pekerjanya berpunca daripada kelemahan gaya pengurusannya
·         Tindakan mahkamah – menghadapi risiko didakwa oleh pekerja jika tindakan disiplin gagal dilaksanakan mengikut peraturan
·         Ketiadaan dokumentasi – pengurus tidak menyimpan rekod yang sistematik tentang masalah prestasi / kesilapan pekerja yang lalu
·         Hubungan interpersonal – bimbang pelaksanaan tindakan disiplin akan menjejaskan hubungan baik dengan pekerjanya
·         Ancaman terhadap diri dan keluarganya – takut terhadap kemungkinan pekerja akan membalas dendam dengan mengancam keselamatan diri dan keluarga

·         Unsur bias / berat sebelah – tindakan pengurus mungkin dipengaruhi oleh unsur prejudis atau bersifat melindungi pekerja lain.
[pilih mana-mana enam; 6 x 1 = 6m]



    

    (i)   Nyatakan  masalah dari aspek penilaian individu semasa membuat penilaian prestasi
             pekerja.                                                                                                                                   [6]
            Masalah dari aspek penilaian individu semasa membuat penilaian prestasi  pekerja;
·         Penilaian bersifat subjektif
·         Kecenderungan membuat penilaian dari perspektif yang berlainan kesan perbezaan jantina, budaya dan lain-lain
·         Hasil pemerhatian yang kurang tepat
·         Kegagalan membuat penilaian secara berterusan dan konsisten
·         Penilaian bersifat berat sebelah akibat unsur prejudis atau salah faham
·         Kecenderungan menyembunyikan perkara –perkara tertentu semasa penilaian untuk menjaga hati pekerja
·         Daya ingatan yang kurang baik menyebabkan penilai hanya mengingati perkara / kejadian yang baru berlaku.
       [pilih mana-mana enam; 6 x 1 = 6m]



    (j)   Jelaskan tiga ciri penilaian prestasi yang berkesan.                                                                  [6]
            Tiga ciri penilaian prestasi yang berkesan;
·         Dilakukan secara berterusan – dijalankan sepanjang masa dan bukan hanya pada
                                                akhir tahun.
                                    - dapat mempertingkatkan ketepatan dan
                                    kebolehpercayaan.
·         Dilakukan berdasarkan spesifikasi dalam huraian kerja – berpandukan kepada bidang
                                                tugas yang telah diamanahkan supaya adil dan berkesan
·         Adil dan saksama – proses penilaian tidak dipertikaikan oleh pekerja dan
                                                menimbulkan ketidakpuasan dalam kalangan pekerja.
·         Menggunakan kaedah yang sistematik – penilai mesti mengetahui aspek yang dinilai
 dan menggunakan teknik penilaiana yang betul
·         Menghasilkan perbandingan yang tepat – perbandingan dapat dibuat dengan mudah
                                                dan konsisten antara seorang pekerja dengan pekerja
                                                yang lain dalam jabatan yang sama
                                                                - Perbandingan juga dapat dibuat antara
                                                pekerja dalam satu jabatan dengan pekerja dalam
                                                jabatan lain
      [pilih mana-mana tiga; 3 x 2 = 6m]

Bahagian B

2          a) Kepentingan perniagaan kepada pihak berkepentingan ;
Pelanggan [1]
Ialah Individu yg membeli produk yg dikeluarkan [1] dan kepentingan perniagaan kepada pelanggan ialah memperoleh pelbagai pilihan produk yg dikeluarkan di samping harga yg berpatutan dan kualiti yg tinggi.[1]
-          Pembekal [1]
Ialah pihak yg membekalkan input pengeluaran kepada peniaga[1] dan kepentingan perniagaan kepada pembekal ialah dapat membekalkan input kepada peniaga dan memperoleh keuntungan melalui aktiviti perbekalan tersebut.[1]

-          Pembiaya [1]
Ialah pihak yg meminjamkan modal modal kewangan kepada perniagaan [1] dan kepentingan perniagaan kepada pembiaya ialah membolehkan pembiaya membiayai perniagaan dan memperoleh pendapatan dalam bentuk keuntungan dan faedah berdasarkan modal yg dipinjamkan. [1]

-          Pekerja [1]
Ialah yg menyumbangkan tenaga fizikal atau mental kpd perniagaan [1].  Kepentingan perniagaan kepada pekerja ialah memperoleh pendapatan (gaji @ upah) dan dapat meningkatkan taraf hidup pekerja. [1]

-          Pesaing [1]
Ialah syarikat atau perniagaan lain yang mengeluarkan produk yang sama dengan perniagaan yang dijalankan. [1]  Kepentingan perniagaan kepada pesaing ialah dapat organisasi mencari kaedah terbaik untuk meningkatkan kualiti produk yang dikeluarkan @ menggalakkan inovasi.[1]
                                                                                          [mana-mana 4 x 3 = 12m]

b)         i.          Jenis aktiviti perniagaan yang berkaitan ialah :
·         Ekstraktif[1]
-           melibatkan pengeluaran bahan mentah dari perut bumi.         bahan mentah yang diperlukan ialah gandum, keledek, kentang dan jagung untuk menghasilkan pelbagai jenis kuih muih dan mi.[1]
·         Barangan pengguna (konsumer)[1]
-          Merujuk kepada perniagaan yg terlibat dalam pengeluaran barang kegunaan isi rumah.
-          Mi goreng dan kuih boleh dimakan terus oleh pengguna isi rumah.[1]
·         Peruncitan[1]
-          Perniagaan yg terlibat dalam aktiviti runcit lazimnya mendapatkan bekalan barangan daripada pemborong utk dijual kpd pengguna.[1]
-          Sykt Mercu Jaya Berhad memasarkan mi goreng dan kuih muih segera di rantaian kedai runcit dalam negara dan di Indonesia[1].
·         Pemborongan
-          Perniagaan borong membeli barang secara pukal daripada pengeluar dan mengagihkan barang dalam kuantiti lebih kecilkepada peruncit atau pelanggan.[1]
-          Sykt Mercu jaya Berhad mengedarkan dan memasarkan mi goreng dan kuih muih kepada pemborong yg dilantik di dalam negara dan di Indonesia.[1]
·         Kewangan[1]
-          Perniagaan yg terlibat dalam aktiviti kewangan menawarkan perkhidmatan kewangan kepada pengguna.[1]
-          Sykt Mercu Jaya memerlukan sumber kewangan untuk membiayai perniagaan yang boleh diperolehi daripada pemegang saham sebagai pemodal dan pihak bank.[1]
·         Profesional[1]
-          Perniagaan yg terlibat dalam aktiviti professional menawarkan perkhdmatan yang khusus.[1]
-          Sykt Mercu Jaya memerlukan tenaga pakar dalam bidang pemakanan bagi menjalankan kajian untuk menghasilkan makanan segera yang memenuhi citarasa pengguna.[1]
[6 x 3 = 18m]

ii.         Tahap perniagaan yang terlibat ialah :
·         Tahap primer[1]
-          melibatkan pengekstrakan sumber semulajadi dan bahan mentah dari perut bumi tanpa mengubah bentuk asal.[1]
-           Aktiviti memperoleh gandum daripada pokok gandum, ubi dan kentang daripada akativiti menggali ubi dan kentang di ladang adalah aktiviti di tahap primer.[1]
·         Tahap sekunder[1]
-          Melibatkan pemprosesan bahan mentah untukmenghasilkan barang siap atau separuh siap.[1]
-          Cth aktiviti memotong, mengisar gandum dan kentang sebagai barang separuh siap untuk menghasilkan mi goreng[1]
·         Tahap tertier[1]
-          Merujuk kepada perniagaan produk tidak ketara @ perkhidmatan yg tidak perlu diproses lagi.[1]
-          Cth : Sykt Mercu Jaya Berhad memasarkan makanan segera di dalam negara dan di Indonesia.[1]
·         Tahap huluan [1]
-          Perniagaan barangan asas yang diperlukan untuk menghasilkan produk siap atau separa siap.[1]
-          Cth: Industri perladangan gandum, ubi dan kentang membekalkan bahan asas yg diusahakan oleh Sykt Mercu Jaya Berhad[1]
·         Tahap Hiliran[1]
-          Merupakan perniagaan yg wujud disebabkan aktiviti yg dijalankan oleh perniagaan huluan[1]
-          Aktiviti perniagaan huluan iaitu perladangan telah mewujudkan Sykt Mercu Jaya menghasilkan makanan segera.[1]
·         Tahap Domestik[1]
-          Merupakan perniagaan yang menjalankan aktiviti di peringkat tempatan.[1]
-          Sykt Mercu Jaya Berhad memasarkan produk makanan segera di 100 buah kedai dalam negara.[1]
·         Tahap Antarabangsa[1]
-          Merupakan perniagaan yg menjalanka aktiviti perdagangan dengan negara lain.[1]
-          Syarikat Mercu Jaya Berhad bercadang mengeksport produk makanan segera di Indonesia terutama di kawasan bBandar.[1]
[7 x 3 = 21m, maksima = 20]



           








7 comments:

  1. Salam, soalan ni mmg contoh or soalan past years?

    ReplyDelete
  2. wasalam..sori lambt reply..contoh soalan percubaan tahun lepas sahaja untuk rujukan pelajar2 saya

    ReplyDelete
  3. Ada tak contoh soalan bagi tajuk bajet tunai? Bab 4 kewangan penggal 1??

    ReplyDelete
  4. Terima kasih, sangat membantu untuk pelajar hehe

    ReplyDelete